SHAH ALAM - Tidak salah untuk mengembalikan tali silaturahim antara Umno dan Pas kerana kesedaran ke arah itu perlu disuarakan segera demi kepentingan orang Islam di negara ini.
Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Mohamad Rafii berkata, orang Islam khususnya pimpinan Pas perlu menerima perkara itu dengan hati terbuka, bukannya kerana kepentingan politik semata-mata.
"Nak cakap Umno lemah, Umno takkan lemah, cuma hal ini orang Islam kena melihat perkara ini dengan lebih luas, bukan kerana Umno atau Pas lemah.
"Kita patut tengok lebih jauh, isu titik pertemuan orang Islam ini patut dibincangkan secara tanpa ada perasaan syak wasangka," katanya kepada Sinar Online.
DAFTAR SEKARANG!!
[ARTIKEL BERKAITAN: Murid ugut bunuh pelajar Islam ditahan]
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyifatkan pelawaan Umno itu dibuat ketika parti itu lemah dan sedang bergolak.
Tuan Ibrahim mendakwa Umno tidak pernah membuat seruan penyatuan dan perpaduan ketika mereka sedang berkuasa dan dalam keadaan selesa.
Mengulas lanjut, Mohd Razlan juga berkata, selagi Umno dan Pas tidak duduk semeja untuk mencari titik persamaan, selagi itu perpaduan umat Islam tidak akan wujud.
"Isu ini bukan kita nak tengok siapa yang kuat, siapa yang bagi nafas kepada siapa. Isu ini adalah kepentingan orang Islam, kerana orang Cina dan bukan Islam semakin bersatu.
"Tapi kalau kita masih nak meletakkan ada halangan antara pertembungan cari titik persamaan, selagi itu kita takkan bersama," katanya lagi.
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...