Sambil menafikan kenyataan yang dibuat oleh isteri Anwar, Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, beliau berkata ia adalah mengarut.
"Ia tidak benar sama sekali. Ia bukan mengenai keinsafan. Bagi saya, dakwaan itu mengarut," katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.
Katanya, sokongannya kepada Anwar kerana keadaan negara hari ini semakin bertambah buruk, baik dari segi politik mahupun ekonomi.
"Sudah sampai masanya untuk kita merapatkan barisan, ketepikan perbezaan politik untuk membina semula Malaysia," katanya.
Wan Azizah, pada hari Isnin lalu berkata, sokongan secara tiba-tiba Khairuddin kepada Anwar mungkin kerana pengalamannya di penjara mengubah hidupnya.
"Bila kena tahan (lokap), kena denggi mungkin beliau (Khairuddin) sudah insaf,” katanya.
Khairuddin berkata kenyataannya untuk menyokong usaha-usaha supaya Anwar dibebaskan datang "dari hatinya".
"Berdasarkan dasar kemanusiaan, saya amat bersimpati dengan beliau. Anwar telah menjalani hukuman (liwat) pertama yang agak lama," katanya.
Dalam tahanan selama dua bulan baru-baru ini, Khairuddin juga dikurung di Penjara Sungai Buloh - tempat yang sama di mana Anwar dipenjarakan.
Katanya, sememangnya beliau mahu berjumpa Anwar, tetapi diberitahu oleh pegawai-pegawai penjara bahawa beliau tidak dibenarkan berbuat demikian.
"Malah apabila saya terserempak dengan dia, saya tidak dibenarkan untuk bercakap denganya," kata Khairuddin.
Khairuddin berkata beliau menerima "reaksi positif" daripada Anwar yang senyum kepadanya ketika beliau sedang melakukan senaman ringan berjalan khaki di perkarangan blok perubatan penjara.
mk
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...