Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Disember 06, 2015

WOW!!! : ORANG KUAT NAJIB BERSUARA..JOM LAYAN..

 Zahid Hamidi

BAGAN DATOH - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau turut terkena tempias golongan yang menanam kebencian mendalam terhadap Umno dan pemimpinnya terutama Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga dikatakan 'kuat kipas', 'kuat tolong' dan 'kuat pertahankan Perdana Menteri'.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau mempertahankan Perdana Menteri kerana prinsip kesetiakawanan selepas diberikan kepercayaan untuk membantu Najib.  

"...jangan apabila kapal kena ribut atau dilanda gelombang, kita angkat dan tangkap nakhoda dan campak ke laut. Ini adalah sesuatu yang mengikut hukum agama sebab dalam perjuangan, sudah pasti setiap pemimpin akan mengalami ujian," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penyampaian sumbangan bantuan persekolahan kepada 2,991 pelajar sekolah rendah dan menengah di kawasan Parlimen Bagan Datoh di sini hari ini.

Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden Umno, meminta agar rakyat tidak terlalu membenci Umno serta pemimpinnya kerana mereka perlu sedar dan ingat jasa serta sumbangan parti keramat itu kepada mereka selama ini.
 http://teautonetwork.com/1444
Cer click dan daftar je disini

"Umno bukan hanya sebuah parti politik tetapi sebuah institusi sosial yang bukan hanya menterjemahkan agenda politik tetapi turut mewarnai pelbagai aktiviti sama ada dalam bidang pendidikan, agama, ekonomi dan sosial malah yang lebih penting, supaya negara kita menjadi lebih aman dan damai.

"Itu yang diperjuangkan Umno tanpa meminggirkan mana-mana agama, bangsa atau mana-mana budaya," katanya yang juga Ahli Parliamen Bagan Datoh.

Justeru, katanya, Umno sebagai parti pemerintah sanggup membuat pelaburan dalam bidang pendidikan seperti membantu membayar yuran pelajar, menyediakan duit poket serta buku teks.

"Tidak ada sebuah negara di dunia ini, sama ada kaya, membangun atau miskin, apabila pelajarnya dihantar ke sekolah ibu bapa tidak perlu membayar yuran, kerajaan yang tolong bayarkan.

"Malaysia sahaja yang berbuat demikian, bukan setakat itu, anak-anak yang miskin dapat bantuan sarapan, pakaian dan duit poket," katanya.

Hadir sama Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahadzir Khalid.

sh
 
   
http://iklanviral.blogspot.my/ 

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...