Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Oktober 30, 2015

PANAS!! : TELAHAN MENANTU USTAZ HADI TIDAK TEPAT..


Menantu presiden PAS Zaharudin Muhammad tidak boleh mengaitkan kejatuhan PAS di Kedah dengan keadaan politik parti itu di Kelantan kerana ia langsung tidak sama, kata bekas exco Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Beliau berkata Zaharudin adalah orang luar yang hanya membuat telahan sendiri apabila mendapat maklumat dari pihak lain.

Semalam, Zaharudin mendakwa bekas exco Kelantan Datuk Husam Musa cuba menjatuhkan kerajaan negeri Kelantan seperti yang pernah dibuat oleh Phahrolrazi terhadap PAS Kedah.


“Saya tidak boleh nak komen bagaimana dia kata cara itu sama, jadi Zaharudin kena terangkan sikit.

Adakah maksud dia kata Datuk Husam itu mendedahkan, mengkritik sesuatu benda yang agak spesifik.

“Saya tarik diri daripada kerajaan kerana berbeza pendapat, Datuk Husam tak sama dengan saya. Datuk Husam tidak ada tarik diri semasa exco tapi saya tarik diri. Jadi macamana dia nak kaitkan sama.

“Bila saya tidak mahu dilantik semula, itu yang dianggap satu krisis, ketika itu saya tidak berapa setuju dengan pemerintahan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sebelum kejatuhan PAS di Kedah, Phahrolrazi yang ketika itu merupakan timbalan pesuruhjaya PAS negeri, telah membidas pentadbiran Azizan.

Penyokong Azizan mendakwa ia sebagai komplot Pharolrazi untuk mengguling menteri besar.

Hari ini di negeri Kelantan pula, Husam lantang mendedahkan beberapa tindakan kerajaan negeri itu yang disifatkannya tidak wajar dan menyimpang dari konsep ketelusan.

Malah Husam yang juga ADUN Salor menuntut kerajaan negeri supaya tidak meluluskan permohonan sebuah syarikat untuk menebang kawasan seluas 1,400 hektar di hutan simpan Kekal Ulu Sat di Machang.

Zaharudin turut menjemput Husam untuk berdebat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) berkaitan perkara itu bulan depan.

Justeru, Phahlolrazi berkata, beliau sudi menjawab dakwaan yang dikemukakan oleh Zaharudin sekiranya turut dijemput dalam debat berkenaan.

“Saya tidak cadang untuk jawab dakwaan Zaharudin sekarang tapi kalau ada yang berbangkit mengenai Kedah, saya sedia hadir menjawab.

“Saya dengar-dengar ada satu debat Zaharudin dengan Datuk Husam, jadi kalau berbangkit perkara ini, saya akan jawab secara spesifik kerana apa yang ditulis oleh Zaharudin terlalu umum,” katanya.

mk
http://iklanviral.blogspot.my/
      

5 ulasan:

  1. PASTIKAN DEBAT AGAR RAKYAT DAPAT MENILAI.....JGN SAPA_SAPA LARI LAST MINIT PLAK...PASTIKAN LIVE KAT TV

    BalasPadam
  2. Gugurnya pemimpin sejati Tuan Guru selaku tiang seri Pas dan KINI Pas jadi Parti Haprak, memfitnahm menjebon dan membarua jemaah. Hingga Hindu pun tanya dl muktamar " Kenapa Ulama Diam, tak kan tidak ada dlm Quran yg mencela fitnah dan mengaib orang" kat belakan Harun Din selamba ja mcm tak ada apa. Politik Perut dan bukan lagi politik islam dalam PAS ini.
    Teruskan lah tenggelam wahai pengikut dan pemimpin pas. Buat malu pada orang kapir DAP je. Sebok nak bertanding di kawasan DAP tapi bila DAP nak bertanding dikawasan Pas
    meroyan tahap biawak jadinya PAS selangor.

    Sudah lah Pas mulut Isle isle tapi kelaku, hati, mulut semua politik perut ( maaf kepada ahli Pas yg tidak bersikap sedemikian)

    MEMBANGUN LAH BERSAMA KEPIMPINAN CAI

    BalasPadam
  3. Sekurang2nya dlm PAS.. isle isle...dibimbangi kalau dlm yg bukan PAS.. dewata dewata....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Simpan sahajalah hujah bodoh kamu tu Wan Rosli ooi...

      Padam
    2. Lebih rela sipanggil bodoh kerana menyokong hudud daripada dipanggil pandai kerana menolak hudud..

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...