Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Oktober 20, 2015

KENAPE PAS PERLU TAKUT??? AMANAH BUKAN SAINGANKAN..


Hentikan serangan jika bukan ancaman

ALOR SETAR - Pas tidak perlu takut dengan perkembangan positif Parti Amanah Negara (Amanah) jika beranggapan ia bukan saingan dan ancaman kepadanya.

Timbalan Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, sesiapa sahaja bebas menyertai Amanah berdasarkan amalan sistem demokrasi di negara ini.

“Mungkin sudah banyak kali diramalkan bahawa parti baharu tidak akan berpanjangan dan tidak menjadi ancaman kepada mereka (Pas).

“Saya fikir kalau ini bukan ancaman, maka Pas tidak perlu bimbang dengan perkembangan Amanah kerana saya melihat serangan yang dibuat agak teruk dengan pelbagai label,” katanya kepada media, hari ini.

Menurutnya, jika Pas mengakui Amanah bukan saingan mereka, maka biarlah parti Islam baharu itu berkembang tanpa sebarang gangguan.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa Himpunan Fastaqim di Kota Bharu, kelmarin, mengakui kewujudan Amanah bukan ancaman besar kepada Pas kerana sejarah membuktikan pada 1978, parti itu pernah berpecah sehingga sebahagian besar pimpinannya meletak jawatan dan kerajaan Kelantan tumbang.

Program yang dihadiri lebih 60,000 penyokong Pas dari seluruh negara itu diadakan bagi memupuk semangat istiqamah kepada ahli parti.

Mengulas mengenai program itu, Phahrolrazi menjelaskan bahawa Pas adalah sebuah parti yang berteraskan kepada ideologi doktrin.

“Menjadi kebiasaan untuk mereka mengadakan himpunan dari semasa ke semasa. Itu amalan biasa yang dilakukan Pas.

“Jika pertandingan pilihan raya berdasarkan himpunan teramai, maka Pas sudah menang dari sudut itu. Tetapi pilihan raya tidak berdasarkan kepada jumlah himpunan, ia berdasarkan jumlah undi,” katanya.

Pada perkembangan lain, Adun Pengkalan Kundor itu turut menegaskan bahawa tidak ada keperluan untuknya mengosongkan kerusi Dun yang dimenangi pada PRU13 lalu.

“Dari segi undang-undang tidak menghendaki saya mengosongkan kerusi jika berpindah kepada parti lain kecuali di Pulau Pinang sahaja yang perlu mengosongkan kerusi.

“Kita sudah beri banyak kali hujah mengenai tiada keperluan untuk berbuat demikian atas pertimbangan beberapa faktor penting,” katanya.

Ini kerana jika kerusi Dun dikosongkan ia sudah tentu perlu diadakan pilihan raya kecil (PRK) yang melibatkan pelbagai pihak dan kos tinggi.

“Rakyat beri mandat kepada kita dan ia berakhir sehingga Dun atau parlimen dibubarkan. Tetapi kalau kita melepaskan jawatan, bermakna kita menolak mandat yang diberikan rakyat.

“Ini bukan keputusan saya berseorangan, tetapi merupakan keputusan kolektif Amanah untuk tidak mengosongkan kerusi masing-masing,” katanya.

Phahrolrazi berkata, kemenangan mereka pada PRU13 lalu bukan mewakili Pas tetapi penyokong PR.

“Cuma PR tidak ada simbol tersendiri. Kalau ada simbol mungkin ia digunakan semasa pilihan raya.

“Ini hakikat yang perlu diterima kerana sebelum wujudnya PR, peluang untuk Pas menang sangat tipis berbanding hasil dalam pakatan yang dibentuk pada 2008,” katanya.

Menurutnya, kemenangannya itu bukan atas sokongan ahli Pas sahaja tetapi melibatkan penyokong PKR dan DAP yang merupakan parti komponen dalam PR.

sh

 
http://iklanviral.blogspot.my/

3 ulasan:

  1. Betul tu bukan ancaman.. lebih2 lagi bila dah langgar sumpah baiah dah langgar harta wakaf dan langgar hudud (jika pkr dan dap pun langgar)..

    BalasPadam
  2. PAS TAK SALAH TAPI SEGELINTIR PEMIMPINNYA KUNUN ULAMA TAPI MEMBAWA ONAR PADA LEBEL ISLAM SEPERTI
    1. Pemimpin yg bermulut longkang yg membarua, mentolol dan menjebon Jemaah sendiri.

    2. Mengamalkan kekarutan Baiah mencagar isteri. Kenapa tak lump sum ahli pun cagar bini masing-masing

    3. Muktamar dah kata putus dgn DAP tapi masih terhegeh - hegeh pegang jawatan di Penang. Sayang elaun ke. Maruah macamana ?????

    4. Dulu merepek anjing tapi kini merepek salak Babi kat bukit pulak dlm kongres

    5.Sebelum muktamar bukan main nak halau mat sabu dan rakan, tapi lepas muktamar bila nak tubuh parti baru MEROYAN pula lebai lebai semua

    6. Paksa yb yg keluar letak jawatan. Gila ka, kalau letak 5 tahun tak boleh bertanding pilihanraya.

    7.SAYA sedih PKR curi YB Pas, ini sudah menghina, memperlekeh PAS. Tp ajak join Pakatan 2.0 tp curi MP Pas. Ini khianat jadi Pas mesti tinggalkan PKR dengan meletak jawatan exco di Selangor. Woii depa curi MP Pas tu. Tak kan nak tengok ja, Lain la kalau Amanah yg curi kurang la rasa kena KENCING nya. Mana Maruah Pas.

    AKHIRNYA AKU MEMERHATI KELAKU MEREKA SEPERTI AKU MEMERHATIKAN BARISAN KEPIMPINAN CAI.....selamat tinggal pas yg akan bungkus di pantai barat dan jd suam suam kuku di pantai timur kerana 3 penjuru. YG CANTEEK UMNO AKAN KEMBALI DI KELANTAN.

    PAS TAKEM . marah cina tapi naik bas cina ke Pastekem

    BalasPadam
  3. Nada bercakap pak pasma(baca jebon) ini telah bertukar..beliau lupa, dpt jadi yb atas tiket pas..kami pas takut amanah ini akan menambah kesesatan kpd umat islam, cukupla umno shj, jgn tambah lg plss..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...