Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Oktober 08, 2015

AMANAH BERUPAYA GUGAT PAS..

 Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani
SHAH ALAM – Pas perlu menerima hakikat, parti serpihannya, Parti Amanah Negara (Amanah) berupaya menggugat kedudukan parti itu, setelah ramai di kalangan ahli Pas berubah sokongan.
Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, perkara seperti itu tidak dapat dielakkan dan sudah dapat dijangka apatah lagi Amanah dibentuk akibat  perpecahan dalam Pas.

“Amanah terdiri dalam kalangan ahli Pas sendiri yang tidak bersetuju dengan kepimpinan sekarang, lalu membentuk parti baru. Mereka ini yang akan membentuk dan memimpin.

“Justeru, Pas perlu menerima hakikat bahawa ramai di kalangan ahli Pas yang bertindak keluar parti dan menyertai perjuangan Amanah. Begitu juga soal ‘harta sepencarian’ seperti mana yang berbangkit di Johor,” ujarnya mengulas akan tindakan Amanah yang seolah-olah menarik ahli dalam kalangan ahli Pas serta mengambil alih beberapa markas Pas di Johor.

Menurutnya, sokongan terhadap Amanah di kalangan ahli Pas disebabkan oleh parti itu dilihat lebih progresif, berbanding Pas yang mengambil pendekatan  konservatif.

Jelasnya, sebelum ini dalam Pas, terdapat dua golongan ini dan berupaya bergerak seiring,  tetapi sekarang tidak boleh bersama, menyebabkan parti itu  berpecah.

“Pas masih lagi ada sokongan, selagi mana orang menyokong perjuangan konservatifnya terutama di luar bandar. Manakala masyarakat bandar akan menolak pendekatan konservatif, mereka lebih ke arah progresif yang di bawa oleh Amanah.

“Bagaimanapun ini bergantung pada ahli Pas, jika ramai yang keluar dan mengganggu kedudukan pas di Kedah, Kelantan dan Terengganu. Itu akan beri kesan besar kepada sokongan Amanah,” katanya.

Namun, Mohd Azizuddin berkata, Amanah serta Pas  tidak akan kuat tanpa sokongan daripada rakan dalam Pakatan Harapan.

“Kedua-duanya, Amanah dan Pas memerlukan rakan dalam pakatan ini untuk menang pada PRU akan datang,” katanya.

sh

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...