Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Oktober 22, 2015

FATWA AL-QARADHAWI YANG DISAMPAIKAN USTAZ HADI MERAGUKAN..

 
 
MENGAPA SAYA MERAGUI 'FATWA' PENGHARAMAN PARTI BARU?

Saya mengambil maklum bahawa Tuan Guru Hj Abd Hadi dalam satu ceramahnya telah meriwayatkan satu fatwa daripada al-Qaradhawi yg mengharamkan penubuhan parti baru, berdasarkan kepada konteks ayat, pa
rti tersebut tidak lain dan tidak bukan merujuk kepada AMANAH.

Susuk tubuh Tuan Guru cukup saya sanjung sebagai ulamak yang memimpin umat dalam politik, namun ‘fatwa’ al-Qaradhawi tersebut nampak sangat meragukan dengan manhaj yang beliau pegang dan ajar, sekurang-kurangnya dari beberapa sudut di bawah:

1) Al-Qaradhawi seorang yg cukup cermat. Beliau bukan jenis ‘ulamak kepalang tanggung’ yg suka mengharamkan sesuatu yg tidak jelas dalilnya dan ghairah melihat orang masuk ke neraka. Sikap cermat dan berhati-hati beliau dapat dilihat melalui manhaj yg ditulis dengan panjang lebar pada pendahuluan ‘al-Halal wa al-Haram fi al-Islam’. 
 
Beliau menegaskan bahawa pengharaman sesuatu perkara, benda dan urusan yang bersifat Mu’amalat (lawan bagi Ibadat) mesti punya dalil yg 'soreh' (jelas) lagi 'soheh', ada pun dalil yang tidak soreh lagi soheh, maka ia kekal dibolehkan. (al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, m.s. 20. Al-Maktab al-Islami, 1980).

Oleh itu sangat aneh di sebalik sikap cermat yang ditunjukkan, tiba-tiba beliau menfatwakan haram menubuhkan parti baru, tanpa diketahui dalil yg soheh lagi soreh mana digunakan, dan melawan manhaj yang selama ini beliau julang.

2) Fatwa tersebut kontradik dengan tulisan beliau. Al-Qaradhawi sangat terbuka dengan kepelbagaian gerakan dan parti Islam, ini dapat dilihat daripada “Fiqh Dawlah”, beliau berpendapat bahawa kepelbagaian parti dalam politik adalah seperti kepelbagaian mazhab dalam fiqh (Min Fiqh al-Dawlah fi al-Islam, m.s. 151. Dar al-Shuruq, 2001).

Jika keharaman menubuhkan parti Islam baru itu sesuatu yang menjadi pegangannya, pastilah penubuhan Parti al-Nur di Mesir lebih awal difatwakan haram, namun itu tidak berlaku.

3) Al-Qaradhawi seorang yang cukup teliti. Beliau bukan jenis orang yg suka menjawab fatwa dengan ringkas. Manhaj ini dapat dilihat jelas dalam “Fatawa Mua'sirah”, beliau menjawab soalan dengan terperinci, berkajang muka surat dikarang hanya untuk menjawab satu soalan pendek. Jika satu permasalahan itu haram hukumnya, beliau tidak hanya menulis “Haram”, tetapi diperincikan keadaan dan situasi.

Oleh itu kita mohon supaya didedahkan jawapan penuh beliau, beserta soalan yg dihantar. Ini penting supaya kita dapat mengetahui letak duduk perkara ini dengan jelas.

Saya bukanlah ahli AMANAH, hanya peminat al-Qaradhawi semenjak belasan tahun dahulu, ‘fatwa’ yang dahsyat sedemikian rupa mesti dibuktikan supaya tiada salah faham terhadap beliau, yang selama ini terkenal mempromosikan manhaj al-Wasatiyyah dan sikap toleransi dengan perbezaan.

 
Shahir Arifin Ahmad Fadzil

 
http://iklanviral.blogspot.my/

4 ulasan:

  1. Kalau x yakin itu masalah anda sendiri.. begitu juga kami jika tak yakin dgn geng langgar sumpah baiah dan harta wakaf.. itu masalah kami sendiri..

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Presedeng kena jujur, ini sikap yang perlu ditunjukkan oleh seorang pemimpin parti Islam. ...kata ulamak, jangan tipu.

    BalasPadam
  4. Presedeng kena jujur, ini sikap yang perlu ditunjukkan oleh seorang pemimpin parti Islam. ...kata ulamak, jangan tipu.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...