Selasa, Oktober 20, 2015

PANAS!! : BUNGA-BUNGA UMNO DAN PAS BERSATU..

Zainal Abidin Osman

BUKIT MERTAJAM - Umno Pulau Pinang yakin kerjasama politik dengan Pas akan membawa kepada kejayaan kedua-dua pihak.

Pengerusinya, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata Umno Pulau Pinang bersedia untuk menjalin kerjasama ini berdasarkan pendirian Umno yang enggan melihat Melayu berpecah kepada puak-puak kecil dan berbeza pandangan.

"Kita sedia untuk jalin kerjasama dengan Pas mahu pun mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berlandaskan Islam.

"Namun keputusan itu hanya boleh dimuktamadkan oleh pemimpin tertinggi kedua-dua parti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Umno negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Adun Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah.

sh
 
http://iklanviral.blogspot.my/

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng