Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Oktober 03, 2015

PAKATAN HARAPAN TERENGGANU SIAP..ELAK 3 PENJURU

MoU elak tanding tiga penjuru
 KUALA TERENGGANU – PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP di Terengganu menjadi negeri pertama menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi membentuk Pakatan Harapan Terengganu, selari dengan gabungan yang telah pun dibentuk di peringkat Pusat.

Perjanjian itu ditandatangani Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail, Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah dan juga Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing.

Azan ketika bercakap kepada media selepas majlis tersebut memberitahu, MoU itu merupakan inisiatif awal untuk mengelak perlawanan tiga penjuru dalam pilihan raya umum akan datang khususnya melibatkan ketiga-tiga parti.

“Sebagaimana kita tahu, kita di Terengganu telah berpengalaman merasai pengalaman itu (pertandingan tiga penjuru) pada pilihan raya yang lepas. Oleh kerana itu kami bersepakat menggerakkan inisiatif awal untuk mengelakkan kemungkinan itu berlaku lagi.

“Jadi kerjasama petang ini (semalam) dizahirkan dalam bentuk MoU yang dipersetujui bersama ketiga-tiga parti,” katanya kepada pemberita di Hotel Prinzpark, Kuala Ibai, di sini.

Bagaimanapun, pihaknya belum memuktamadkan seorang ketua bagi pakatan baharu itu dan akan diputuskan selepas penubuhan sekretariat Pakatan Harapan di peringkat negeri.

Beliau memberitahu, pihaknya turut membuka ruang kepada mana-mana parti yang berminat menyertai Pakatan Harapan bagi menguatkan pakatan pembangkang untuk memastikan kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

Ditanya sejauh mana kerjasama PKR dengan Pas, Azan memberitahu pihaknya mengalu-alukan kerjasama daripada mana-mana pihak sambil memberitahu bahawa keputusan untuk bersama Pakatan Harapan bukan dibuat bersendirian, tetapi ia merupakan dasar di peringkat pimpinan.

Ketika mengulas mengenai Pas yang masih menganggap PKR sebagai rakan kerjasama dalam PR, beliau menjelaskan pihaknya bersikap terbuka dan tidak menutup ruang kerjasama dengan parti itu.

Jelasnya, perkembangan itu juga dilihat membuka ruang kesepakatan, dan berharap ia membawa peluang yang lebih baik demi kemenangan pembangkang.

Terdahulu, beliau ketika menjawab soalan seorang peserta yang hadir dalam majlis sama yang membangkitkan sejauh mana jaminan untuk tidak berlaku pertandingan tiga penjuru di Terengganu apatah lagi perjanjian persefahaman itu tidak melibatkan Pas, Azan memberitahu perkara itu tidak boleh didedahkan lebih awal kerana ia merupakan strategi yang akan dibincang dalam biro politik Pakatan Harapan.

Apa yang jelas katanya, ketiga-tiga parti yang telah menandatangani MoU itu tidak akan bertanding sesama sendiri.

“Kita sedar dan faham sangat-sangat kalau wujud tiga penjuru, pembangkang tidak boleh berpotensi untuk menang. Ini ialah ikrar untuk elak pertandingan itu dan memulakan perundingan,” katanya.

sh

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...