Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Oktober 01, 2015

KHUTBAH HARI RAYA PAHANG JELAS FITNAH DAP..


WFAUZDIN NS

TENTANG KHUTBAH BERUNSUR FITNAH DAN CETUS UNSUR PERKAUMAN BARU

baru ini kecuh isu Khutbah Hari Raya Aidil Adha di seluruh Negeri Pahang yang dikeluarkan JAIP mengandungi unsur-unsur perkauman, sentimen keagamaan berupa fitnah dahsyat terhadap Dap.

Meskipun nama Umno, PKR, Pas dan Amanah disebut, namun Dap disebut dengan jelas sebagai parti anti Islam. Masyarakat yang bijak mesti tertanya-tanya apakah hanya Dap sahaja yang kononnya anti Islam?

 Bagaimana dengan MCA atau Gerakan?

Jika Dap dikatakan anti Islam hanya kerana tidak bersetuju dengan hukum Hudud, apakah MCA dan Gerakan bersetuju dengan Hudud? Bahkan, Umno sendiri belum pernah bercita-cita untuk melaksanakan hukum Allah tersebut meskipun telah memegang tampuk kuasa melebihi 50 tahun.

Lupakah kita bahawa Umno melalui kuasa yang ada pada mereka pernah menghalang hukum Hudud dilaksanakan di Kelantan? Tidakkah kita tahu Umno juga melalui kuasanya telah menggagalkan RUU Akta Syariah yang dibawa oleh Hj Hadi dari dibahaskan di Parlimen?

Bukan sekali Umno menunjukkan sikapnya seolah-olah tidak suka kepada hukum Islam. Mengapa ini tidak langsung disentuh di dalam teks khutbah tersebut?

Tidak lain tidak bukan hanyalah kerana minda kita termasuk orang-orang yang memegang kuasa di institusi agama buta sejarah atau tidak mengambil tahu perkembangan politik tetapi mahu bercakap seperti orang politik.

Kalau lah Lim Guan Eng berkata, paling kurang pun peruntukan perkembangan syiar Islam di P.Pinang lebih jauh tinggi berbanding di Negeri Pahang, tentu malu kita di Pahang. Itu belum lagi Lim Guan Eng kata, bumi P.Pinang tiada Pusat judi terbesar seperti di Genting. Atau, Guan Eng cabar Tok Peti Pahang usulkan agar Pahang laksanakan hukum Hudud. Guane gamaknya?

Pelik lagi ajaib, PJ Pas Perak, Razman Kastam pun sokong teks khutbah berunsur fitnah tersebut. Beliau tidak baca pun teks berkenaan tapi terus menyokong buta. Begitukah contoh akhlak Islam yang mahu kita tunjukkan kepada Non Muslim? Razman lupa, mimbar masjid pernah digunakan untuk memburuk-burukkan Pas sebelum ini. Itu dulu, mungkin tidak lagi sekarang.

Sebab apa?

http://wfauzdin.blogspot.my

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...