SHAH ALAM - Seorang lagi bekas pimpinan Umno dikatakan akan menyertai PKR esok.
Sumber dalaman PKR berkata, setakat ini sudah pasti pemimpin Umno berkenaan akan menyertai parti itu.
“78 peratus bersama kita,” katanya ringkas kepada Sinar Online.
Ketika ditanya berapa orang ahli Umno akan bersama mengumumkan menyertai PKR, beliau berkata, “saya rasa fokus kepada personaliti berkenaan terlebih dahulu.”
Dalam masa sama, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil telah menghantar jemputan media menerusi aplikasi WhatsApp berhubung perkara itu.
“Sidang media mengumumkan kemasukan pimpinan Umno menyertai PKR oleh presiden, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang turut akan dihadiri timbalan presiden, Mohamed Azmin Ali dan pimpinan PKR.
“Majlis akan diadakan di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya,” katanya.
sh
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...