Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Oktober 06, 2015

PANAS!! : MP PAS SUDAH NAMPAK...KESANNYA..


Nasrudin Hassan

 KUALA LUMPUR - Ketika arus politik Pas dilihat sedikit goyah mutakhir ini, Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan tampil mengingatkan seluruh ahli parti itu bahawa kemenangan bukan semudah menggoreng kacang di atas kuali leper.

Sebaliknya ujar Nasrudin, kemenangan memerlukan kesungguhan bekerja, keberanian bertindak, kesepakatan dalam membuat keputusan, kebijaksanaan merangka strategi, mengurus pendekatan dan keterbukaan mendengar nasihat.

"Sementelah bagi perjuangan Islam yang digerakkan oleh Pas, kita memerlukan kemenangan dan pastinya kemenangan itu bukan hanya terhenti di gerbang Putrajaya, tetapi menjangkau ruang akhirat sebagai sebuah kemenangan yang hakiki," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tanpa merujuk perkaitan dengan mana-mana parti pembangkang, Nasrudin menambah, ahli Pas perlu lebih bersedia dan bersikap lebih optimis untuk memperoleh kemenangan dalam perjuangan,

"Pamerkan kematangan berpolitik di samping pertahankan Izzah (kehebatan dan kemuliaan) perjuangan Islam yang didukung.

"Optimis menggalas risalah yang benar dan bersedia mendepani pelbagai pihak dengan hujah yang jelas," katanya lagi.

Beliau dalam pada itu menasihati seluruh ahli parti supaya tidak leka dan melengahkan usaha mencari kemenangan mengikut prinsip perjuangan Islam.

"Menginsafi bahawa perjuangan Islam ini sering berdepan dengan mehnah atau tribulasi yang sukar ditempuh, maka seluruh anggota parti  dinasihatkan banyak bersabar dan tidak cepat melatah dalam membuat keputusan di saat jerebu politik yang semakin tebal.

"Bertenang dan jangan habiskan banyak masa berada diluar jemaah dalam situasi begini.. Sebaliknya disaran supaya kerapkan program usrah, liqa fikri, tamrin di samping menyemarakkan aktiviti penerangan awam," katanya lagi.

Selepas 'putus' dengan DAP, Pas kini bagaimanapun masih menjadi rakan kepada PKR.

Parti itu juga tegas dengan pendiriannya tidak akan sesekali menerima DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang kini membentuk Pakatan Harapan bersama PKR.

sh

      

1 ulasan:

  1. Kalau pas tuang presideng x buat perangai dari PRU13 dan selanjutnya sampai sekarang kerana tak nak rugi secupak hilang segantang, penandtangan TPPA oleh malaysia itulan persetujuannya malaysia rela dijajah semula era baru.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...