Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Oktober 03, 2015

AMANAH UNTUK TUMBANGKAN UMNOBN PADA PRU14


Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin

PARIT BUNTAR - Parti Amanah Negara (Amanah) wujud atas kehendak rakyat yang menyokong gabungan parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat, tegas Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Berucap dalam majlis penerangan dan dialog anjuran Amanah Parit Buntar di sini, beliau berkata, Amanah ditubuhkan bukan atas dasar rasa kecewa dan tamak jawatan, tetapi memenuhi kehendak rakyat yang mahu gabungan parti pembangkang yang kuat menghadapi BN.

“Tiada parti yang dapat menghadapi BN secara bersendirian tanpa bergabung antara satu sama lain. Amanah memenuhi harapan rakyat yang yakin dengan perjuangan Pakatan Rakyat sebelum ini,” katanya.

Majlis penerangan dan dialog yang  diadakan di Parit Buntar buat kali kedua ini turut dihadiri oleh Pengerusi Amanah Perak,  Asmuni Awi dan Ketua Anak Muda Amanah (Aman) Perak , Mohd Fakhrurrazi Mokhtar.

Sementara itu, Mohd Fakhrurrazi menjelaskan keperluan wujudnya Amanah untuk menumbangkan BN kerana mustahil untuk parti pembangkang boleh menang secara bersendirian.

“Sejarah sudah membuktikan BN kehilangan banyak kerusi semasa pilihan raya umum apabila parti-parti pembangkang bersatu

“Pada PRU 2013, Pakatan Rakyat berjaya menghilangkan majoriti dua pertiga BN dalam parlimen,“ katanya.

Mohd Fakhrurazi turut menolak dakwaan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang menuduh sesiapa yang menyertai Amanah akan terjejas akidah.

“Ini tiada kaitan akidah malah Amanah komited meneruskan legasi politik Islam yang pernah ditunjukkan Yusuf Rawa, Datuk Fadzil Noor dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Parti politik ini akan terus berpaksi kepada politik berasakan ilmu dan akhlak, mewujudkan budaya mampu mengurus perbezaan dalam pelaksanaan prinsip hak bersuara dan tuntutan kesaksamaan seperti yang dituntut Islam,” katanya.

Fakhrurrazi berkata, Amanah diterima bukan sahaja oleh orang Islam malah bukan Islam yang mahukan perubahan politik atas dasar kerjasama jujur dan komited dalam Pakatan Harapan.

sh

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...