Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Oktober 16, 2015

TINDAKAN TEPAT TGHA MEMBUKA RUANG KEPADA NGO PERKASA..

Ahmad Fadhli Shaari
KOTA BHARU - Pas sentiasa membuka pintu untuk berunding kepada mana-mana pihak demi mencapai kebaikan bersama tanpa menggadai prinsip perjuangan parti yang dipegang selama ini, kata Ketua Penerangan Pemuda Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari.

Menurutnya, sikap keterbukaan Pas itu tidak membawa maksud parti itu akan bergabung dengan mana-mana parti mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ketika ini.

"Desas desus mengatakan Pas akan bergabung dengan Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) adalah tidak benar sama sekali, pertemuan yang diadakan kelmarin hanyalah untuk menyatakan persetujuan bersama dalam beberapa hal sahaja.

“Ia (pertemuan) tidak pelik mereka bukan satu-satunya NGO yang menjalankan perundingan dengan Pas,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau diminta mengulas kunjungan Pribumi Perkasa Malaysia terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam persetujuan bersama yang dibuat berkaitan kepentingan rakyat dan negara.

Tiga persetujuan yang dibuat ialah mengenai teguran Majlis Raja-Raja Melayu mengenai skandal 1MDB, bantahan penahanan Sosma dan juga Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

Menurutnya, Pas mempunyai ketetapan tersendiri untuk bersetuju dengan beberapa perkara bersama Perkasa dan ia tidak kelihatan pelik selagi tiada provokasi oleh pertubuhan itu agar Pas mengetepikan agenda perjuangannya.

Beliau berkata, dengan cara ini juga akan membuka mata NGO-NGO pro Umno yang tidak nampak apa yang diperjuangkan Pas selama ini.

“Sebenarnya tindakan Datuk Seri Abdul Hadi membuka ruang untuk kehadiran Perkasa ke Pejabat Agung Pas adalah satu tindakan yang tepat.

“Ia membuktikan NGO-NGO pro Umno selama ini mula melihat Pas sebagai parti alternatif bagi membela umat Islam dan bangsa Melayu bahkan semua bangsa di negara ini,” katanya.

sh
      

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...