Pesuruhjaya Pas, Perak Razman Zakaria berkata, Mujahid yang merupakan ahli Parlimen Parit Buntar telah diisytihar sebagai naib pengerusi Amanah manakala Nizar iaitu Adun Changkat Jering sebagai anggota jawatankuasa Amanah pusat dan Timbalan Pengerusi Amanah Perak.
Beliau berkata, mengikut perlembagaan Pas, keahlian seseorang anggota parti akan terhenti dan perlu mengosongkan atau meletak jawatan sebagai Adun atau ahli Parlimen yang dimenangi sekiranya mereka menyertai parti lain, isytihar keluar parti dan hilang keahlian kerana dipecat.
"Mereka ini (Mujahid dan Nizar) bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 atas tiket Pas dan menandatangani perjanjian dengan Pas Perak dan pusat. Sekiranya mereka melompat parti atau keluar daripada parti, mereka hendaklah mengosongkan atau meletak jawatan sebagai Adun atau ahli Parlimen," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Dalam kontrak perjanjian atau baiah mereka bersumpah dengan nama ALLAH akan meletak jawatan sekiranya menyertai parti lain.
"Di Kelantan pula ada tambahan iaitu sekiranya mereka berbuat demikian, sumpah baiah talak tiga ke atas isteri mereka terpakai secara automatik," katanya.
Razman menyifatkan tindakan Mujahid dan Nizar adalah tidak amanah dan tidak berintegriti apabila memegang sesuatu jawatan yang diamanahkan.
"Pendirian parti (Pas) kini ialah mengarahkan seluruh anggota tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang dianjurkan parti Amanah," katanya.
Ditanya sama ada Pas Perak memanggil kedua-dua mereka untuk memberi keterangan Razman berkata, perkara itu tidak perlu kerana secara terang mereka menyerang parti secara terbuka.
Mengenai kedudukan Nizar sebagai Ketua Pembangkang Perak, Razman berkata, beliau masih lagi diiktiraf memegang jawatan itu kerana ia di luar bidang kuasa Pas dan bergantung kepada majoriti sokongan anggota-anggota dewan undangan negeri.
"Selagi tiada cadangan dari mana-mana parti untuk gugurkan dia sebagai ketua pembangkang, maka dia masih diiktiraf memegang jawatan itu. Buat masa ini Pas Perak belum bangkitkan sama ada menyokong Nizar sebagai Ketua Pembangkang atau sebaliknya," katanya.
Pada 31 Ogos lepas, Pengerusi gerakan Harapan Baru, Mohamad Sabu mengumumkan parti Amanah digunakan sebagai nama rasmi wadah politik mereka.
Mat Sabu turut mengumumkan jawatankuasa Amanah, yang diketuai beliau sebagai pengerusinya, Ahmad Awang sebagai penasihat umum, bekas naib presiden Pas, Salahudin Ayub sebagai timbalan pengerusi, ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid sebagai naib pengerusi, ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Ahmad sebagai ketua wanita, dan Mohd Sany Hamzan sebagai ketua pemuda.
sh
Keahlian tergugur secara automatik jika masuk parti lain. Segala jawatan parti tergugur dengan sendiri, tapi bagi jawatan kerajaan kekal... tak tertulis pun kena letak jawatan ADUN mahupun MP.
BalasPadamAku tahulah sebahagian ustaz2 yang berlagak pandai adalah murid2 lembab semasa bersekolah di sekolah kerajaan... lemah 3M, jadi mak bapak hantar ke sekolah agama moga2 anaknya pandai solatkan jenazah dia orang.
Masa berubah murid2 pandai dihantar ke sekolah agama oleh ibubapa yang perihatin akan didikan agama anak2nya. Tapi persoalannya... anak2 yang pandai ini belajar ilmu agama dari ustaz2 yang lembab pelajaran 3M di sekolah dulu. Maka mampukah intelektual anak2 ini berkembang sebaik2nya, atau terkongkong setakat pemikiran ustaz2nya.
Ini sekadar kemusykilan aku.... aku tahu banyak ustaz2 yang bijak.... cuma kebijaksanaan akan terserlah jika mereka tahu membezakan kebenaran dan kebatilan berlandaskan ilmu yang mereka miliki.