Sabtu, Oktober 17, 2015

ADA ORANG BUAT FITNAH KEPADA PARTI AMANAH KELANTAN..

 Amanah nafi wujud pelekat ‘Oren Ganti Hijau’

KOTA BHARU – Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan menafikan kewujudan pelekat bertulis ‘Oren Ganti Hijau’ yang didakwa mensabotaj beberapa poster program anjuran Pas dan kemudahan awam di sini.

Naib Pengerusinya, Che Ibrahim Mohamed berkata, beliau tidak dimaklumkan tentang perkara tersebut sekali gus membuktikan ia bukannya perkara yang telah dirancang oleh parti itu.

“Semua itu fitnah, bukan Amanah yang buat. Biasalah, propaganda musuh perkara biasa dalam politik,”katanya kepada Sinar Harian di sini.

Pelekat oren yang bertulis ‘Oren Ganti Hijau’ itu juga turut dilihat dilekatkan di atas salah satu bahan kempen program anjuran Pas Kelantan iaitu Himpunan Fastaqim dan Munajat Perdana sehingga mewujudkan anggapan bahawa Parti Amanah Negara cuba mensabotaj beberapa program anjuran Pas Kelantan sejak beberapa hari ini.

Selain itu, kemudahan awam seperti kotak surat di Pejabat Pos Kota Bharu dan tiang-tiang lampu di tengah bandar turut tidak ketinggalan ditampal dengan pelekat yang sama.

Che Ibrahim bagaimanapun menasihatkan orang ramai untuk tidak mudah percaya dengan propaganda tersebut selain percaya ia dilakukan dengan sengaja oleh mereka yang berkepentingan dan mahu merosakkan nama baik Parti Amanah Rakyat.

https://youtu.be/p-hz5gxavl4

sh

1 ulasan:

  1. tak habis2 kerja2 puak2 sabotaj ni. tak tau ke satu hari nanti kamu akan disoal dimahkamah agung?

    Amanah tentunya tidak terlibat krn perbuatan ini tidak memberi sebarang political mileage malah mengundahng kebencian rakyat.

    hanya yg barua dan tolol sj yg akan percaya dan terpedaya...

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng