Jumaat, Oktober 23, 2015

PANAS!! : EXCO AGAMA PUN BOLEH BOHONG?

Image result for husam musa

Saya membaca respon Kerajaan Kelantan terhadap isu tunggakan caruman guru-guru YIK, Sinar Harian, beberapa hari lalu.

TMB dilaporkan berkata : 'Memang ada potongan tertunggak tetapi tidak terlalu banyak seperti didakwa....'
Saya mendakwa jumlah tunggakan caruman itu adalah RM 14.6 juta.

Jika angka itu salah, berapa jumlahnya?

Saya mempertahankan ketepatan angka ini - RM 14.6 juta.

Saya juga terbaca isi kandungan ucapan seorang Exco Kelantan di Kota Raja yang menyebut tunggakan ini wujud sejak waktu saya menjadi Exco lagi.

Bagi tujuan kebenaran, saya petik semula data-data dari buku mesyuarat di mana YB TMB sendiri mempengerusikannya pada 12 Oktober 2015 seperti di bawah.

Laporan Tunggakan Potongan Gaji YIK Sehingga 30 September 2015

A) Institusi Kewangan/Bank

1. Biro Angkasa RM 159,873.62
(Tertunggak sejak 8/2015)
2. Bank Islam RM 32,353.41
(Tertunggak sejak 8/2015)
3. Bank Rakyat RM 435,426.62
( Tertunggak sejak 8/15)
4. Public Bank RM 382,134.00
( Tertunggak sejak 7/15)
5. Perumahan Perbendaharaan
RM 1,357,150.40
( Tertunggak Sejak 2014)
6. Tabung Haji
RM 600,956.00
( Tertunggak Sejak Feb 2015)
7. Etiqa Insurance
RM 4,075.08
(Tertunggak Sejak Ogos 2015)
8) Takaful
RM 42, 806.12
( Tertunggak Sejak Ogos 2015)
9) KWAP
RM 3,876,557.75
(Tertunggak sejak Mac 2015)
10) KWSP
RM 166, 273.00
( Tertunggak sejak September 2015)
Jumlah Tunggakan A:
RM 7,077,620.00

B) Koperasi-Koperasi
1) Koperasi Maik
Rm 4,469,588.00
(Tertunggak sejak Jun 2014)
2) Koperasi YIK
RM 2,292,451.70
(Tertunggak sejak Jun 2014)
3) Koperasi Tarbiah Kelantan
Rm 697,908.36
(Tertunggak sejak Jun 2014)
4) Koperasi MGU
Rm 15,021.47
(Tertunggak sejak Mei 2015)
5) Koperasi Pegawai Melayu
Rm 3,805.00
Jumlah Tunggakan B :
RM 7,478,874.53

C) Lain-Lain Potongan
1) Pinjaman Komputer
Rm 624.00
(Tertunggak Sejak Jun 2015)
2) Pinjaman Kenderaan
Rm 22,239.00
(Tertunggak Sejak Mei 2015)
3) Pinjaman YAKIN
Rm 46,200.00
(Tertunggak sejak Mei 2015)
4) JPA
Rm 3,469.00
(Tertunggak sejak Ogos 2015)
5) Zakat MAIK
Rm 15,007.11
(Tertunggak sejak Ogos 2015)
6) Pelbagai Potongan
Rm 6,788.00
(Tertunggak sejak Ogos 2015)
Jumlah Tunggakan C :
RM 67,962.11
Jumlah Besar Tunggakan A+B+C:
RM 14, 650,821.64 (14.650 juta)

Saya berharap Exco yang berucap di Kota Raja sudi menatap angka-angka ini. Supaya tidak dikata orang, bagaimana se orang berpendidikan Islam boleh bercakap bohong?
Membaca angka-angka berkaitan hal ehwal pentadbiran juga satu ibadah. Bercakap benar juga satu ibadah dan amat dituntut oleh Islam.

Janganlah kerana bencikan Husam, maruah sendiri tergadai.

Saya bangkitkan isu ini kerana ia sudah berlarutan.

Permintaan pihak berkaitan untuk menemui pemimpin dan pegawai tinggi di Kota Darulnaim tidak dilayan.
Pelbagai kerumitan pencarum/peminjam makin parah.

Tunggakan makin hari makin besar.

61 orang guru ini telah pun bersara tetapi gagal menikmati kemudahan atas caruman mereka kerana tunggakan itu. (Saya belum menyentuh terhadnya jawatan tetap dan berpencen yang menyebabkan kebajikan guru tidak dapat dipenuhi).

Pada masa sama, Kota Darulnaim ada pula wang untuk 'berjoli'.

Pada hal Islam mengajar, apa yang wajib perlu diutamakan.

Berbalik pada ucapan Exco berkenaan di Kota Raja:

1. Isu Pembalakan Haram di Ulu Sat. Realiti wujudnya pembalakan haram tidak disentuh.
2. Isu KPK. Konsensi diberi kepada syarikat lain di bawah pasaran tidak disentuh. Isu pekerja diberi VSS tidak disentuh. Isu ke mana wang dari kawasan seluas 20,000 ekar tidak disentuh.
3. Lawatan ke Padang. Indonesia. Beliau kena ikut melawat untuk menjimatkan perbelanjaan. Apa pula halnya dengan Speaker ikut sama? Dan tiap YB membawa isteri masing-masing.

Selekeh itu alasannya? Kalau dah rapat, di talipon saja tidak memadai?
Jelaskan dulu tunggakan yang menyebabkan guru dihimpit masalah, termasuk kehilangan dividen dan gagal mengeluarkan simpanan, tentunya dari segi hukum lebih aula dari menghabiskan wang untuk tambang kapal terbang kerana dapat makan nasi free di Padang.

Husam Musa
10 Muharram 1437H/23 Oktober 2015

Nota: Mesyuarat penuh Lembaga Yik pada 22 Oktober 2015 yang dipengerusikan oleh MB sekali lagi menatap angka yang saya petik di atas.

 
http://iklanviral.blogspot.my/

3 ulasan:

  1. mengkagumkan slogan `PAS GANTI UMNO` jelas ternyata......perangai UMNO yang dikutuk PAS kini menjadi pakaian PAS..syabbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbaaaaaaaaasssssssss PAS.....hidup TMB

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu semua manusia2 maksum dan suci. kalau menipu, khianat, ponteng parlimen lepak kat kafe, rembat balak, joli makan angin dengan duit rakyat sikit pun tak dak dosa malah bagi mereka tu semua adalah nikmat2 dan kemudahan yang berhak mereka dapat. Rakyat susah, duduk dalam khemah, dianiaya, dizalimi, ditipu, ditunggang dan dikhianati, tu semua salah rakyat kerana percaya bulat2 dengan janji2 diorang untuk membangunkan bangsa, menadaulatkan islam dan mempertahankan rakyat PADAHAL apa yang diperjuangkan oleh puak2 ni adalah tembolok mereka sendiri pastu beratip dengan "ISLAM, ISLAM, ISLAM, HUDUD, HUDUD, HUDUD.......supaya rakyat leka dan terpedaya! Ayat power Tuang Presideng "ikut suka aku lah nak datang ke tak nak datang'!

      Nick
      Cape Tiger.

      Padam
  2. Cadang laporan polis dibuat.. x perlu lah husam terus jadi anai2 dlm parti..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng