Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Ogos 18, 2014

BERITA PAGI : TS Abdul Khalid terima keputusan PAS, terus tadbir hingga keputusan Sultan

sultanSHAH ALAM, 17 OGOS: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima dengan hati terbuka keputusan Parti Se-Islam Malaysia (PAS) berkenaan status Menteri Besar dan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Dengan perkembangan terbaru itu, beliau akan memohon menghadap DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shahu ntuk memberi nasihat berkenaan langkah seterusnya.

Abdul Khalid berkata, beliau akan meneruskan pentadbiran Kerajaan Negeri bersama empat ahli MMKN daripada PAS akan meneruskan pentadbiran bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik berkenaan sehingga DYMM Sultan Selangor membuat keputusan muktamad.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan dan semua rakyat Selangor atas sokongan dalam usaha bersama untuk menjayakan agenda reformasi di negeri ini.
“Saya juga berterima kasih atas kesabaran semua pihak dalam penyelesaian isu dan perkembangan terkini mengikut tatacara yang betul serta berasaskan undang-undang.




mb salam sultan a

“Insya Allah, rakyat Selangor akan terus dipelihara dan diberkati Allah SWT,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

PAS dalam satu sidang media mengumumkan dua nama daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menggantikan Abdul Khalid iaitu presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Azmin Ali, hari ini.

sk

2 ulasan:

  1. Berdasarkan tindakan dan kenyataan TSKI, saya percaya beliau mahukan penyelesaian isu ini berdasarkan undang-undang. Dengan kredibiliti dan integriti beliau, saya percaya beliau akan melepaskan jawatan MB secara terhormat. Moral of the incident: Kepada para politicians, fikirkan rakyat dan undang-undang dalam segala tindak tanduk anda. Walau bagaimana pun, syabas kerana inilah kali pertama insiden sepenting ini dapat dilihat secara telus oleh rakyat marhaen. Proses reformasi politik yang positif sedang berkembang.

    BalasPadam
  2. undurlh klalid org dh meluat u pn bkn hebat sgt kalah ketua cabang n smasa umno kalah katua cawangan, jgn harapmb bsandarkn sultan sdgkn rakyat meluat pd u

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...