Rabu, Disember 09, 2015

SOALAN PANAS!! UNTUK AHLI UMNO???

 Muhyiddin

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan nasibnya berbeza dengan Tun Musa Hitam walaupun sama-sama tidak sehaluan dengan perdana menteri masing-masing.

Katanya, walaupun beliau masih timbalan presiden namun haknya telah dinafikan.

"Saya masih timbalan presiden yang sah tetapi dihalang daripada menjalankan fungsi saya sebagai timbalan presiden. Saya tidak dibenarkan lagi mempengerusikan mesyuarat pengurusan parti dan mesyuarat pengurusan BN," katanya ketika berucap di hadapan penyokongnya, malam tadi.

MT Umno bakal memutuskan peluang untuk Muhyiddin berucap pada sesi penggulungan Perhimpunan Agung Umno (PAU), malam esok dalam satu mesyuarat Majlis Tertinggi.

Menurutnya, seperti yang disebut Tun Musa, walaupun berbeza pendapat, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menghalang beliau bersuara ketika perhimpunan.

"Jika berlaku perbezaan atau percanggahan pendapat di dalam parti tidak mengapa. Seperti yang disebut oleh Tun Musa Hitam, membenarkan perbezaan pendapat adalah lambang sebuah parti yang demokratik.

"Tun Musa membuat kenyataan bahawa Tun Mahathir tidak pernah menghalang beliau daripada berucap dalam perhimpunan agung. Walaupun beliau telah meletak jawatan sebagai timbalan perdana menteri, beliau masih merasmikan persidangan sayap-sayap Umno dan berucap dalam sesi penggulungan PAU 1987," katanya.

 http://teautonetwork.com/1444 


Beliau mempertikaikan penafian haknya walaupun kedudukannya sebagai orang nombor dua parti.

"Saya tidak bermaksud untuk bercakap bagi pihak diri saya tetapi saya bersuara bagi pihak institusi timbalan presiden parti yang mesti dihormati. Kalau kita boleh hormat kepada institusi presiden, mengapa kita tidak boleh hormat kepada institusi timbalan presiden?

"Bayangkanlah, jika insitusi nombor dua parti pun tidak boleh bersuara, apa lagi hak yang ada pada ahli-ahli di akar umbi. Saya bimbang lama kelamaan demokrasi akan terkubur di dalam Umno," katanya.

sh
 
 
http://iklanviral.blogspot.my/

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng