Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Disember 03, 2015

PANAS!!! : UMNO SEMAKIN BERKUBUR...

Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan hadir pada Perhimpunan Agung Umno bagaimanapun beliau tidak akan berucap dalam himpunan tersebut.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengesahkan perkara tersebut ketika ditemui di Menara Dato Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, hari ini.

‪"Insya-ALLAH, saya Timbalan Presiden lagi. Saya nak berucap, tetapi tidak boleh berucap. Malah tidak boleh terlibat dalam penggulungan. Hanya duduk di atas pentas sebagai tunggul.‬

‪"Orang lain boleh bercakap, saya tidak boleh bercakap. Timbalan Presiden tidak boleh bercakap,"

katanya ketika ditemui pemberita selepas memberi sokongan moral kepada sembilan ketua cawangan Bahagian Telok Kemang Negeri Sembilan yang dihadapkan kepada Lembaga Disiplin Umno hari ini.
 
[ARTIKEL BERKAITAN: 'Kenapa kami dilarang cakap demi kepentingan Umno']

Muhyiddin yang disingkirkan dari Kabinet pada Julai lalu turut berkata, apa yang berlaku di dalam Umno ini membuktikan bahawa ruang demokrasi di dalam parti itu semakin terkubur.‬

‪"Akar umbi Umno hari ini nak tunjukkan jika Timbalan Presiden tidak boleh bersuara, bermakna akar umbi juga tidak dibenarkan bersuara," ujarnya lagi.‬

‪Jelas Muhyiddin lagi, beliau sendiri masih sayangkan Umno malah tidak mahu dipecat.

Namun katanya, sekiranya parti sudah memutuskan, beliau akur dengan keputusan itu.‬‎

‪"Walaupun saya tidak mahu diri saya dipecat, tetapi jika mereka nak hukum saya, saya sedia terima," ujarnya lagi.

sh
 
 
http://iklanviral.blogspot.my/

1 ulasan:

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...