Selasa, Disember 15, 2015

PANAS!! : RAHSIA DR WAN AZIZAH TERBONGKAR!!!!...JOM LAYAN..


TEMUBUAL Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah seorang pemimpin yang tegas dengan gaya kepimpinan yang bersifat "kelembutan, keibuan dan diplomatik", kata Setiausaha Agung parti itu, Rafizi Ramli parti.

Ini, tegas Rafizi, merupakan satu kelebihan kerana ia membolehkan Wan Azizah berurusan dengan personaliti-personaliti yang kuat dalam DAP, AMANAH dan PAS.

Dalam temu bual dengan Malaysiakini dan KiniTV minggu lalu, ahli Parlimen Pandan itu sekali tampil mempertahankan bosnya itu.

Wan Azizah yang sering dilihat sebagai seorang ahli politik yang lembut yang berulang kali terpaksa mengisi kekosongan bagi pihak suaminya - ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dijatuhi hukuman penjara pada tahun 1998 dan sekali lagi pada Februari tahun ini.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pernah secara terbuka mempersoalkan keupayaan Wan Azizah apabila PKR dan DAP mahu presiden PKR itu mengisi jawatan menteri besar Selangor yang baru dalam apa yang disebut sebagai 'Langkah Kajang'.

Yang terbaru, hanya kira-kira 20 ahli Parlimen pembangkang mengundi menolak Bajet 2016 pada bacaan ketiga di Dewan Rakyat, walaupun terdapat bantahan yang kuat semasa bacaan kali kedua.
Rafizi berkata soalan dibangkitkan mengenai diri Wan Azizah hanya kerana beliau seorang wanita, dan dianggap sebagai lembut. "Adakah anda mahu dia menjadi seperti Rosmah (Mansor, isteri perdana menteri)? Saya pasti rakyat tidak mahu beliau seperti itu.

"Gaya kepimpinan setiap orang berbeza antara satu sama lain. Seorang pemimpin harus dinilai mengenai keberkesanan keputusan yang dibuat," katanya sambil menambah Wan Azizah telah mengambil langkah yang sukar untuk melancarkan Pakatan Harapan di tengah-tengah wujudnya pelbagai persoalan dan keraguan.

"Beliau telah membuat keputusan tentang pendirian PKR mengenai hudud, yang sangat sukar dan rumit kerana ia melibatkan sentimen orang Melayu dan ia adalah jauh lebih rumit daripada isu-isu yang kita telah lalui," katanya.

Dari segi keberkesanan dalam membuat keputusan, Wan Azizah adalah tegas, kata Rafizi.
"Saya rasa dia sangat berkesan kerana, untuk berurusan dengan personaliti yang sangat kuat daripada DAP, Amanah dan PAS, apa yang diperlukan adalah pemimpin yang lembut dan diplomatik, tetapi tegas.

"Kepimpinan sebenarnya memerlukan gaya yang berbeza pada masa yang berlainan. Saya rasa pada masa ini, apabila rakyat tahu bahawa mereka memerlukan perubahan (dalam kerajaan), apa yang kita perlukan adalah pembangkang yang bersatu padu," kata Rafizi sambil menambah bahawa itulah yang disediakan oleh Wan Azizah.


Turut hadir ialah Bendahari PKR, Tan Yee Kew, Pengarah Strategi Sim Tze Tzin dan setiausaha agung AMK, Chang Lih Kang.

Sim menegaskan bahawa Wan Azizah telah membawa parti itu melalui beberapa masa yang amat sukar - selepas Anwar dipenjara dan ketika kontroversi mengenai hudud - dan Wan Azizah mampu mengendaliknnya.

"Di samping itu berlaku perpecahan dalam Pakatan Rakyat, serta PAS berpecah menjadi dua," kata Sim sambil menambah bahawa keadaan kini sangat stabil, berbanding dengan enam bulan lalu.

Wan Azizah, tegasnya, telah berjaya membawa semua orang untuk bersama. 

"Itu semuanya disebabkan oleh kepimpinannya dan kita harus menghargainya," kata Sim yang juga ahli Parlimen Bayan Baru.

 http://autod9.com/army 
DAFTAR SINI

'Pelapis PKR pelapis kuat'

Mengenai kebimbangan yang dibangkitkan terhadap parti pembangkang itu kerana kekurangan pelan penggantian kepimpinannya, Rafizi berkata ia adalah satu persepsi yang tidak adil.

"Berbanding dengan parti-parti yang lain, peratusan pemimpin muda, barisan kedua dalam PKR adalah yang tertinggi. Tiga daripada naib presiden kami di bawah umur 40 tahun. Usia timbalan presiden kami hanya 51 tahun.

"Anda tidak melihat itu dalam DAP, PAS, atau AMANAH," kata Rafizi, sambil menambah bahawa parti itu tidak mempunyai masalah berhubung pelan peralihan tersebut.

Rafizi berkata, pihaknya telah mengharungi tiga atau empat krisis politik - dari hudud kepada perpecahan Pakatan Rakyat dan pembentukan Pakatan Harapan, serta skandal yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak - kerana menurutnya, adanya kepimpinan barisan kedua yang kukuh yang menyokong presiden.

Katanya, Anwar adalah pemimpin alternatif untuk negara dan memandangkan krisis politik yang timbul daripada skandal yang dikaitkan dengan Najib, maka menurut Rafizi lagi, tidak ada orang lain untuk memimpin negara (selain daripada Anwar).

Menurutnya, Anwar mewakili harapan yang membawa rakyat Malaysia di mana kita berada sekarang.

"Jika tidak kerana visi beliau, kita tidak akan mempunyai pembangkang yang bersatu padu," kata Rafizi.

mk
 
 
http://iklanviral.blogspot.my/

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng