Selasa, Disember 22, 2015

PANAS!! : PEMIMPIN PAS TEMBAK.. PEMIMPIN PAS YG NAK BERGABUNG DENGAN UMNO...

Kalau teringin nak gabung, tinggalkan Pas

SHAH ALAM - Pas menegaskan mana-mana individu dalam parti itu yang teringin bergabung dengan Umno supaya meninggalkan Pas.

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, Pas pernah kehilangan ramai tokoh besar yang lari bersama Umno.

“Jika ada individu yang hendak bergabung dan teringin dengan Umno, maka individu itu sahaja yang pergi.

“Pas pernah kehilangan Pengasas Pas, Ahmad Fuad Hassan, Datuk Asri Muda, Naib Presiden, Datuk Nakhaei Ahmad, Hasan Adli, Setiausaha Agung, Osman Abdullah dan banyak lagi tokoh.

Persoalannya adakah Pas lemah?

 http://autod9.com/army

"Pas tetap hebat, kerana dasar, bukan kerana individu. Siapa pun boleh pergi, Insya-ALLAH Pas berdiri gagah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, Pas mempunyai organisasi daripada peringkat majlis syura, AJK Pas Pusat, dan muktamar.

“Heboh di peringkat media sosial dan media perdana, Pas hendak bergabung dengan Umno. Ingin saya tegaskan pandangan peribadi tidak boleh dipakai,” katanya.

Beliau berkata, ahli Pas juga perlu mendapatkan maklumat secara terus daripada pimpinan yang bercakap atas kapasiti keputusan parti, bukan pandangan peribadi.

“Ahli Pas perlu hadir ke program dan dialog bersama pemimpin Pas.

“Jangan jadikan media perdana, media sosial, hatta media alternatif,  mereka ada agenda yang tersendiri untuk memadam cahaya perjuangan Pas,” katanya.

sh
 
http://iklanviral.blogspot.my/

3 ulasan:

  1. Sapa tak wala dengan ulama sila keluar PAS... PAS adalah milik ulama... ketua ulama tersohor adalah DSHA selama2nya.

    BalasPadam
  2. org pas mesti wala pada hadi awang

    hadi wala pada umnu

    umnu wala pada najib

    najib wala pada rosmah

    rosmah wala pada duit yg byk

    duit yg byk adalah hak rakyat yg dizalimi

    hadi akhirnya menyokong kezaliman yg dikatakan
    nya dulu petikan AlQuran siapa cenderung pada org zalim
    akan disentuh api neraka

    begitu kah akhirnya perjuangan seorg ulamak
    yg berjaya dipedaya iblis

    BalasPadam
  3. Dasar ulamak jadian..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng