Jumaat, Disember 25, 2015

PANAS!!! : PARTI PKR TIDAK IKHLAS..KATA PEMIMPIN PAS..

Raja Ahmad

BANDAR KUALA KANGSAR - Pas Kuala Kangsar kecewa dengan kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mendakwa parti itu kurang berpengaruh di Sarawak.

Yang Dipertuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, kenyataan itu mengguris hati ahli Pas terutamanya  mereka yang bertungkus-lumus menjalankan gerak kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menurutnya, kenyataan sedemikian juga seakan memberi gambaran bahawa Pas tidak mempunyai peluang untuk meletakkan calon di Sarawak dalam PRN kelak.

"Situasi itu membuktikan PKR tidak ikhlas bekerjasama dengan Pas sebaliknya parti itu cuba memperalatkan Pas demi kepentingan mereka.

“Kenyataan dikeluarkan beliau lebih mementingkan survival politik Pakatan Harapan berbanding Pas. Sebagai rakan kerjasama, PKR sepatutnya menghormati Pas dan berusaha memperjuangkan hak parti ini khususnya dalam konteks PRN Sarawak,” katanya.

 http://teautonetwork.com/1444 

Raja Ahmad Iskandar berpendapat PKR hanya mahu meraih sokongan penyokong Pas kerana mereka tahu sokongan terhadap pakatan baru belum mampu memastikan kedudukan pembangkang dalam politik negara.
 
Beliau berharap Pas Sarawak tidak tunduk dengan desakan PKR sebaliknya terus fokus menghadapi pilihan raya di negeri itu yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa.

“Kami sarankan agar Pas meletakkan lebih banyak calon pada kali ini khususnya majoriti Melayu Islam dan bersedia mengambil alih kerusi kerusi yang ditandingi PKR.

“Kami juga menyarankan agar pimpinan Pas Pusat dan Sarawak membuat ketetapan, sama ada menghadapi Sarawak atas nama Pakatan Rakyat atau bersendirian," katanya.

Beliau berkata, jika PKR mahu menghadapi Sarawak melalui platform Pakatan Harapan, maka PKR tidak perlu untuk bergerak menghadapi BN bersama Pas,” tegasnya.

sh
 
http://iklanviral.blogspot.my/

2 ulasan:

  1. Memang PAS tidak tempat di Sarawak. Dulu Hadi Awang pernah hina rakyat sarawak. Rakyat Sarawak masih pakai cawat.
    Lirik ini akan dilagukan lagibila PAS nak melangkah... lebih lebih lagi sekarang ini sentimen S4S bergema hebat..

    BalasPadam
  2. pernahkah ahli2 pas terfikir betapa sakitnya hati ahli2 pkr bila presiden pas menghina presiden pkr? tolonglah jangan bersikap buat2 tak tahu seperti kuman seberang laut nampak tapi gajah depan mata buat2 tak nampak.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng