Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Disember 12, 2015

PANAS!!! : MUHYIDDIN JAWAB TUDUHAN NAJIB...

Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menunggu tindakan susulan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menyelesaikan beberapa isu yang dibangkitkan beliau sebelum ini.

Muhyiddin berkata, Presiden Umno itu perlu membuktikan apa yang disebut dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno itu benar dan tidak akan mengurangkan keyakinan rakyat terhadap parti dan kerajaan.

"Itu bukan masalah saya, tetapi masalah rakyat supaya rakyat yakin, percaya apa yang beliau sebut itu, beliau akan kotakan.

"Tiada timbul syak wasangka yang menyebabkan kita menghadapi masalah dan kurang keyakinan kepada pihak parti dan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas berakhirnya Perhimpunan Agung Umno 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

 IKLAN PENAJA : Pengguna Telco Maxis, Celcom, Digi dan sebagainya BOLEH BUAT DUIT klik SINI

[ARTIKEL BERKAITAN: Terpulang pada Muhyiddin, kata Najib]

Beliau mengulas ucapan penggulungan Presiden Umno itu, hari ini bahawa mana-mana pihak yang menolak perdamaian dan mahu pertelagahan, ia bererti ia bukan soal peribadi.

Najib berkata, mereka bukan sahaja menentang beliau sebagai presiden parti bahkan ia menolak titik perdamaian dan menolak keputusan keputusan syura Majlis Tertinggi Umno.

Mengulas lanjut, Muhyiddin juga mempertahankan pendiriannya bahawa segala tegurannya terhadap pimpinan Umno bukan soal peribadi.

"Ini bukan soal peperangan, mana ada pergaduhan, ini soal prinsip perjuangan, kalau ada apa-apa perkara, kita sama-sama membetulkan, kalau ada kelemahan, kita buat teguran," tegasnya.

Ditanya mengenai tindakannya yang enggan bangun ketika Najib menyentuh soal pendamaian, beliau bagaimanapun berkata tidak timbul isu untuk menuruti kehendak Perdana Menteri itu.

"Itu semua tak penting, bangkit tak bangkit," katanya lagi.

sh
 
 
http://iklanviral.blogspot.my/

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...