Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Disember 20, 2015

HUJAH KUAT : AMANAH MAMPU GANTI PAS..RAKYAT WAJIB BACA..

Che Ibrahim Mohamed

KOTA BHARU - Parti Amanah Negara akui perpecahan dan kegagalan mewujudkan pakatan yang kukuh antara parti-parti pembangkang akan memberi sedikit kelebihan Barisan Nasional (BN) yang sedang memerintah.

Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Kelantan), Che Ibrahim Mohamed berkata, walau bagaimanapun, Amanah bersama Pakatan Harapan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dan yakin akan mendapat sokongan yang kuat daripada pengundi.

“Amanah sudah bersedia untuk menggantikan Pas dalam pakatan pembangkang yang baru walaupun terpaksa bertanding tiga penjuru antara BN, Pakatan Harapan dan Pas,”katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, selama ini Pas sering menimbulkan masalah dan kesukaran dalam gerak kerja parti pembangkang kerana sikapnya yang sering berdolak dalih dan tidak ada pendirian politik yang jelas.

Beliau berkata, malah sesetengah pemimpin Pas masih beranggapan Pakatan Rakyat (PR) masih lagi wujud dan bersedia mengukuhkan Pakatan Rakyat di Selangor.

 http://autod9.com/army 

“Namun sebenarnya dalam masa yang sama pemimpin lain pula membuat kenyataan, bahawa Pas cukup selesa dan semakin kuat dengan bergerak secara bersendirian.

“Tetapi sebagai satu parti yang menjadi tunjang dalam Pakatan Harapan, Amanah sentiasa membuka peluang kepada Pas untuk bersama-sama dalam pakatan pembangkang untuk menentang BN dalam pilihan raya,”katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, mengulas mengenai cadangan kerjasama antara Pas dan Umno yang sering dibincangkan kini, beliau berkata, kemesraan hubungan kedua-dua parti itu akan memudahkan pengundi membuat penilaian berhubung pendirian atau sikap sebenar politik Pas yang semakin tidak selesa untuk bersama-sama parti pembangkang dalam Pakatan Harapan.

“Kita mengalu-alukan hasrat Umno untuk bergabung atau bekerjasama dengan Pas kerana pertandingan satu lawan satu antara parti pembangkang dalam  Pakatan Harapan dan parti pemerintah dalam Barisan Nasional dapat direalisasikan.

“Jika gabungan ini benar-benar berlaku, maka kita akan menyaksikan sejarah pertandingan satu lawan satu antara pakatan pembangkang dan BN akan sebagaimana yang telah berlaku dalam pilihan raya yang lepas akan berulang sekali lagi dalam PRU 14 ini,”katanya.

sh
 
http://iklanviral.blogspot.my/

1 ulasan:

  1. Bangang punya ulasan.. Satu lawan satu.. Kau ingat PAS nak serah kerusi buta2 je pd UMNO.. PAS akan bersetuju kerjasama dgn UMNO kalau UMNO menyerahkan 50 peratus kerusinya pd PAS.. Full stop..

    Maknanya PAS akan lawan PAN... Dan juga UMNO..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...