Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Oktober 16, 2015

BERITA INI : MIMPI NGERI BUAT PARTI UMNO....

Rafizi Ramli
SHAH ALAM - Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menjangkakan lebih ramai pemimpin pertengahan yang berjiwa reformasi dan pro-perubahan seperti Datuk Saifuddin Abdullah akan meninggalkan Umno dan BN menjelang PRU14 akan datang.

Beliau berkata, pemimpin Umno yang mempunyai pendirian seperti timbalan menteri pelajaran tinggi itu bakal mengikut jejak Saifuddin tidak lama lagi kerana krisis personaliti yang ditinggalkan presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam parti Melayu itu.

"Orang seperti Zam sendiri, mereka bukan masalah dengan Najib, bukan sangat soal perubahan idea reformasi, ia lebih kepada soal personaliti. Mereka masih mempercayai undang-undang daripada penjajah, berbeza dengan Datuk Saifuddin yang konsisten.

"Saya rasa lebih ramai pimpinan pertengahan Umno atau pimpinan bukan kerajaan (kabinet) yang akan keluar (Umno). Saya tak yakin pimpinan Umno dalam kerajaan ini akan keluar kerana saya tak nampak seorang pun yang lantang menyuarakan
perubahan seperti mana Datuk Saifuddin sebelum ini," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa pilih PKR, bukan Amanah, Pas, DAP]

Beliau mengulas laporan sebuah portal mengenai kenyataan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang menjangkakan lebih ramai ahli Umno akan menjejaki langkah Saifuddin meninggalkan parti itu kerana tidak mahu 'karam' bersama Najib.

Zainuddin berkata imej kesederhanaan Najib semakin terhakis kerana Perdana Menteri gagal menyatakan pendiriannya berhubung beberapa isu termasuk isu sekolah satu aliran dan perhimpunan baju merah.

sh

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...