Rabu, Ogos 13, 2014

MB Selangor, Pemecatan Exco PKR & DAP sah mendapat perkenan Sultan

MB mesyuarat

SHAH ALAM, 13 OGOS : Pemecatan kesemua ahli Exco daripada PKR dan DAP yang berkuatkuasa serta-merta semalam adalah sah dan mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Sultan Selangor berkenan untuk membatalkan pelantikan kesemua Exco berkenaan atas nasihat beliau yang dilakukan secara bertulis.

Beliau berkata Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) juga mengadakan mesyuarat secara biasa dengan korum mencukupi iaitu seramai empat orang Exco dan tiga pegawai ex officio terdiri daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri.

“Tindakan ini mematuhi dasar Undang-undang Tubuh Negeri yang menetapkan sekurang-kurangnya empat anggota Exco untuk mentadbir negeri secara sah.


“Kita berpendapat lima Exco tidak boleh meneruskan tugas mereka setelah mengeluarkan kenyataan untuk tidak bersama Menteri Besar, hanya menghadiri MMKN dan mematuhi kehendak parti.

Salinan surat Sultan“Kenyataan itu bercanggah dengan 10 aku janji dan sumpah setia yang dilafazkan ketika mengangkat sumpah sebagai ahli Majlis Mesyuarat Negeri,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Bangunan SUK, dekat sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Khalid turut meminta rakyat supaya tidak terkeliru terhadap situasi yang berlaku di Selangor kerana segala tindakan yang diambil adalah sah mengikut peruntukan sedia ada.

“Rakyat perlu bertenang kerana pentadbiran kerajaan berjalan seperti biasa,” katanya lagi.

Semalam, Abdul Khalid memecat semua exco PKR dan DAP kerana tidak bersetuju bersama pasukannya mentadbir negeri Selangor.

Beliau menyatakan semua surat yang dihantar kepada lima exco, tiga dari DAP dan dua dari PKR hari ini berkuatkuasa serta-merta.

Bagaimanapun Abdul Khalid menyatakan belum menulis surat kepada Rodziah Ismail kerana berada di luar negeri.

Sebelum ini keenam-enam exco ini telah mengeluarkan kenyataan bersama untuk kekal dalam jawatan mereka tetapi tidak mahu menemui Abdul Khalid untuk bekerjasama kecuali dalam mesyuarat rasmi exco.

sk

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng