Selasa, Ogos 19, 2014

MB Selangor : “Hormati titah Sultan & hindari kenyataan negatif”

Sultan-Selangor-Sultan-Sharafuddin-Idris-Shah1SHAH ALAM, 18 OGOS: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akur dengan titah DYMM Sultan Selangor yang meminta semua pihak menunggu kepulangan Baginda bagi menyelesaikan kemelut kepimpinan Kerajaan Negeri yang dihadapi kini.

Dalam satu kenyataannya berkata, beliau sendiri menghormati nasihat Tuanku Sultan berkenaan.

“Saya menghormati dan akur nasihat DYMM Sultan Selangor supaya saya menghadap selepas baginda kembali ke tanah air.
“Sehingga itu, saya dan barisan EXCO akan menjalankan tugas seperti biasa bagi menjamin pentadbiran serta pengurusan negeri berjalan lancar dan baik.


“Saya menyeru semua pihak terutama pemimpin politik menghormati titah DYMM Tuanku Sultan dan menghindarkan diri dari membuat kenyataan yang boleh mengundang tanggapan negatif terhadap DYMM Sultan Selangor,” kata Abdul Khalid.

Sebelum ini, Istana Selangor menyatakan bahawa Abdul Khalid telah membuat permohonan untuk menghadap Sultan Selangor di luar negara.

Bagaimanapun Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani berkata Baginda Sultan menitahkan supaya Abdul Khalid menunggu di Selangor sehingga baginda pulang.

sk

1 ulasan:

  1. Biarlah TSKI mengadap DYMM dan jika betul TSKI hilang majoriti, DYMM kena fikir dan buat keputusan samada nak bubar DUN atau TSKI letak jawatan MBnya serta kabinetnya. Undang2 tubuh tak beri hak Dato Seri Wan Azizah jumpa DYMM hanya TSKI (pi baca undang2 tubuh).
    Bilamana DYMM putus tak mahu bubar DUN, TSKI hendaklah letak jawatan. Masa tu barulah DSWA bole mohon mengadap Tuanku. Kalau DYMM putuskan bubar DUN, takpayahlah DSWA jumpa Tuanku.
    Persoalannya, isu sokongan majoriti nak tunggu DUN bersidang dan dibuat disidang DUN itupun satu isu undang2. Kalau saya punaisihat, saya rasa elok dan sempurna buat masa sessi DUN kerana keputusannya jelas/ muktamad tidak ada sekejap ada majoriti kemudian tak ada majoriti.
    Isunya adalah prosedur. Kalau ada majoriti, prosedurnya seeloknya buat di DUN atau bawah pokok? Ini sekejap sokong kejap kemudian u turn - "binggunglah" DYMM.
    Ikut undang2 Tubuh, DYMM perlu diberi pilihan dulu untuk bubarkan DUN atau tidak, jika tidak barulah TSKI dikehendaki meletakkan jawatannya. Tuanku titah dah tunggu hingga dia balik pada 27 Ogos. TSKI kenalah tunggu dulu. Yang lain tunggulah juga. Bukan begitu? Sementara tu duduk diam2 dan jangan meroyan. Reti bahasa atau tidak? Jika Pakatan ada majoriti, tunggulah sessi DUN bulan November untuk undi tidak percaya.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng