Jumaat, Ogos 15, 2014

Bukti!! MB Selangor Tidak Berdendam Dengar PKR..

logo-pkrSHAH ALAM 13 OGOS: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membenarkan Kongres Tahunan PKR diadakan di Stadium Malawati Shah Alam walaupun PKR bertindak memecatnya dari parti itu.

Ia sekali gus menafikan dakwaan di blog pro-Umno yang mendakwa beliau menghalang usaha PKR menempah stadium tersebut untuk mesyuarat pada 22 hingga 24 Ogos ini.

“Kita benarkan untuk adakan konvensyen di stadium (Malawati),” kata Abdul Khalid dipetik Malaysiakini.

Perkara itu turut disahkan oleh seorang staf pengurusan stadium yang enggan dinamakan.

Menurutnya, pihak stadium tidak pernah menerima apa-apa arahan untuk membatalkan tempahan stadium bagi kongres itu.

sk

1 ulasan:

  1. Dengan Nama Allah SWT
    InsyaAllah .... tanggal Ogos 21 m 2014 pihak stadium melawati akan dapat surat dari MB Selangor TSKI dengan menyatakan segala atau apa sahaja urusan dari parti PKR atau DASP di larang mengunakan stadium Melawati sama sekali. Baru padan muka DSAI ... buat lah meeting kat rumah DSAI

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng