Rabu, Ogos 27, 2014

Berita Petang : Dewan Ulama PAS gesa 2 Adunnya dipecat

 Abu Bakar Abdullah

KUALA TERENGGANU - Selepas Pas Terengganu mendesak dua Adun Selangor dipecat, Dewan Ulama Pas Negeri Terengganu pula tampil mendesak tindakan sama terhadap Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin.

Desakan terhadap keduanya yang dianggap membelakangi parti itu, merupakan usul dibentangkan timbalan ketuanya, Dr Abu Bakar Abdullah dalam Muktamar Dewan Ulama Pas Terengganu.

Menurutnya, siasatan perlu dijalankan dan jika didapati bersalah kedua-duanya perlu dipecat keahlian berdasarkan Perlembagaan Pas Fasal 82(6)(d).

“Dua Adun Pas (Hulu Kelang dan Morib) bertindak membelakangi keputusan parti dalam isu Menteri Besar Selangor, selain mencabar parti dengan kesediaan untuk diambil apa-apa tindakan,” katanya di Markas Tarbiah Pas Kuala Terengganu di Kuala Ibai, di sini.


Selain tindakan terhadap dua Adun terbabit, Dewan Ulama Pas negeri turut meminta tindakan tatatertib diambil terhadap beberapa pemimpin Pas lain yang membelakangi adab berjemaah terutama dalam mengeluarkan kenyataan berhubung kontroversi Menteri Besar Selangor, baru-baru ini.

Jelasnya, dalam kalangan pemimpin Pas ada yang menyanggah presiden parti dengan menganggap kenyataan presiden bukan mewakili parti sebaliknya peribadi.

“Kedua, mereka mengkritik kenyataan presiden parti secara terbuka di khalayak ramai dan melalui media dengan mencabar parti serta kesediaan mereka diambil tindakan.

"Ketiga, mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama yang merupakan badan tertinggi parti,” katanya.

Beliau berkata, bagi kesalahan tersebut, mana-mana pemimpin yang didapati bersalah boleh diambil tindakan berdasarkan Perlembagaan Pas fasal 82 (6) (b) iaitu hak mereka dalam parti dilucutkan.

Usul itu kemudian, disokong dan diluluskan kesemua 64 perwakilan dari lapan kawasan Parlimen di negeri ini dalam Muktamar Dewan Ulama Pas Terengganu.

Abu Bakar berkata, tindakan seumpama itu tidak boleh dibiarkan sama sekali kerana dikhuatiri berulang dan memberi ruang kepada yang lain melakukan tindakan sama.

“Keadaan ini tentu membawa kemudaratan dan kerosakan kepada parti serta bercanggah dengan thiqah, taat dan wala’ kepada pimpinan dan parti selama mana ia tidak bercanggah dengan syarak serta Perlembagaan parti,” katanya.

sh

5 ulasan:

  1. Lebih molek kalau puak UG yang tinggalkan Pas.

    BalasPadam
  2. PAS t'ganu masih kekal sombong dan bodoh dari negeri lain..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang patut le terengganu terlePAS

      Padam
  3. PAS kan parti anak syaitan

    BalasPadam
  4. PAS trengganu sangka iklim politik di selangor macam di trengganu juga. Di Trengganu tu lebih kepada politik kekampungan yang dikuasai geng kopiah putih yang bencikan PKR terutama Anwar Ibrahim. Mereka ni badan PAS tapi kepala UMNO. Di Selangor ni perlukan pemimpin politik yang cerdik, boleh berbahas isu rakyat di parlimen dan di luar parlimen, mamat kopiah putih ni tak boleh buat ni, mereka ni kebanyakan tak tahu berbahasa inggeris, matematik pun gagal. Kekuatan meeka adalah memaki hamun dan dendam kesumat kepada pkr dan Anwar. Di Selangor mamat kopiah putih ni tak payahlah nak campur tangan, kamu tak di perlukan..mu jagalah umno kalau sayang sangat dengan hidup melayu mengatasi perjuangan islam..minta maaf geng kopiah putih..mu betul2 haprak.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng