Isnin, Ogos 11, 2014

[BERITA PAGI] MB KHALID IBRAHIM DI ZALIMI??

 

Satu demonstrasi bagi menyatakan sokongan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sepatutnya diadakan hari ini dibatalkan atas arahan menteri besar Selangor itu sendiri.

Menurut Pengerusi Pakatan Anak Selangor Sokong Menteri Besar (Passmeb) Mazli Saring (kiri, berbaju hijau), program yang dirancang diadakan pada jam 2 petang dibatalkan selepas beliau mendapat panggilan daripada Khalid pada jam 1 petang.




"Program hari ini sepatutnya diadakan. Tetapi kita dapat satu nasihat daripada menteri besar.

"Atas kesempatan ini, kita dinasihat supaya tidak buat sebarang kenyataan media atau program sehingga diberitahu kelak," katanya kepada media.

Menurut Mazli lagi, demonstrasi hari ini juga batal bagi menghormati mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor yang akan diadakan esok.

Selain itu, Mazli turut meminta rakyat Selangor untuk membuat penilaian sama ada ingin menerima atau tidak menteri besar yang bukan daripada negeri itu.

"Lihat apa PKR buat, seorang menteri besar anak Selangor nak digantikan dengan menteri besar bukan rakyat Selangor.

“Saya rasa rakyat Selangor boleh menilai untuk beri sokongan pada beliau (Wan Azizah) atau Khalid yang memang anak Selangor," katanya lagi.

mk

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng