Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, September 14, 2011

Utusan Umno Malaysia Bakal Bankrap..!!!

Mat Sabu Fail Saman Utusan Malaysia Hari Ini


KUALA LUMPUR 14 SEPT : Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu akan memfailkan saman ke atas akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini.
Hal itu disahkan oleh Ketua Penerangan parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada portal The Malaysian Insider.
Sebelum ini kerajaan berkata Mohamad tidak boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebab tindakannya tidak mengancam keselamatan negara.


“Saya dimaklumkan beliau akan memfailkan kes hari ini, setakat ini satu pihak sahaja... Utusan, beliau akan mengadakan sidang media selepas itu,” kata Tuan Ibrahim.
Penghujung minggu lalu, Mohamad atau lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu berkata akan memfailkan saman ke atas Utusan Malaysia berhubung satu berita berkenaan ceramahnya yang menyentuh tragedi Bukit Kepong bulan lalu.
Tempoh 24 jam yang diberikan beliau kepada akhbar itu berakhir Jumaat lalu.


“Masanya dah tiba saya saman Utusan Malaysia sampai bankrap sesuai dengan fitnah yang sengaja diatur untuk menjatuhkan maruah saya sekali gus bertujuan melumpuhkan pengaruh PAS bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus kekal,” Mat Sabu dipetik sebagai berkata demikian Sabtu lalu.
Mat Sabu sebelum ini menerima serangan bertubi-tubi dari pimpinan Umno dan media arus perdana ekoran menyifatkan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan sebenar.TVSNEWS

Komen : Saman jangan tak saman.... padam muka Utusan umno ni...ka kah kah kah...

Menyokong Perjuangan DSAI

Jersi Bola Malaysia Untuk Di Jual....
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...