Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, November 14, 2014

BENAR : Imej Pakatan Rakyat terjejas ekoran krisis MB Selangor

http://biz-55.webs.com/KUALA LUMPUR: Imej dan sokongan Pakatan Rakyat khususnya PKR dan PAS terjejas ekoran isu pelantikan Menteri Besar Selangoe sebelum ini, menurut kajian oleh Pusat Kajian Politik dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel).

Kajian yang dijalankan selepas parlantikan Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar baharu itu, mendapati PKR paling teruk terjejas dengan diikuti rapat oleh PAS, sementara DAP pula tidak berubah.

Menurut laporan The Malaysian Insider, 52% responden pengundi Melayu bersetuju bahawa PKR paling terjejas sementara Cina (46%) dan India (45%).

Bagi PAS pula, 42% pengundi Melayu bersetuju behawa PAS turut terjejas manakala Cina (43%) dan India (41%).

DAP pula adalah pihak yang paling sedikit terjejas dengan kemelut itu walaupun turut bersama dalam Pakatan Rakyat yang memerintah Selangor.

Hanya 34% orang Melayu sahaja menyatakan DAP terjejas, manakala Cina (28%) dan India (26%).

Kajian itu juga mengatakan BN tidak terjejas langsung dengan kemelut itu, bahkan mendapat tambahan sokongan.

Pengarah UMcedel, Dr Amir Saifude Ghazali dilaporkan mendedahkan dapatan kajian itu dalam satu perbincangan di Kuala Lumpur semalam.

hd

2 ulasan:

  1. Setuju 100% - lepas ni PKR dan Anwar Ibrahim akan dibakulsampahkan

    BalasPadam
  2. Acah je .. yang sebenar umno selangor tak ade barisan pimpinan yang efektif. Kita kena terima hakikat ni lah. Itu yg jujurnya.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...