Beliau meyatakan demikian di hadapan kira-kira 100 orang peserta yang menghadiri Seminar Penulisan Berita dan Kenyataan Akhbar peringkat Wilayah Persekutuan di bangunan Kohilal, di sini petang tadi.
Tegas beliau lagi keputusan itu jelas bertentangan dengan batas syariat yang telah ditetapkan oleh Al-Quran dan Sunnah seperti mana yang terkandung di dalam ajaran Islam.
Beliau memetik mafhum hadis Rasulullah s.a.w. yang melaknat mereka yang menyerupai wanita dari kalangan lelaki dan juga sebaliknya.
Menurut beliau lagi, sekiranya maksiat dan mungkar itu berterusan, sudah pasti akan mengundang bala dari Allah SWT.
"Menjadi tanggungjawab umat untuk terus memperjuangkan undang-undang Islam di negara ini supaya kita diselamatkan daripada bala Allah Taala," ujar beliau lagi.
hd
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...