Isnin, November 03, 2014

Berjuang Menerusi NGO : TS Abdul Khalid tidak akan letak jawatan


Faekah Husin

KUALA LUMPUR - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetap komited
http://biz-55.webs.com/meneruskan tugas dan peranan sebagai wakil rakyat Bebas walaupun menerima pelbagai tekanan daripada pemimpin PKR.
 
Pegawai Khasnya, Faekah Husin berkata, tindakan PKR memecat Abdul Khalid daripada parti itu sebenarnya tidak menghalang bekas Menteri Besar Selangor itu daripada terus berkhidmat untuk rakyat.

Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau berkata, kerajaan negeri juga telah menghentikan peruntukan kawasan Dun Pelabuhan Klang serta memecat dua pegawai Dun yang masih mempunyai kontrak dengan kerajaan negeri.
 
Beliau berkata, Abdul Khalid, yang juga Adun Pelabuhan Klang dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu, kini menjalankan aktiviti menerusi badan bukan kerajaan (NGO).
 
Tambah Faekah, ulai 15 November ini, Abdul Khalid bersama beberapa rakan akan memulakan aktiviti 'Sajian Rakyat', iaitu NGO yang menyediakan makanan kepada komuniti setempat sebagai platform bertemu rakyat.
 
"Abdul Khalid komited meneruskan pelbagai inisiatif dan aktiviti sebagai wakil rakyat, dan PKR - parti yang kononnya memperjuang keadilan untuk semua perlu berhenti dari amalan politik kebudak-budakan, tamak dan melampaui batas," dakwanya.

sh

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng