Ahad, November 23, 2014

Teguran : Dewan Ulama Pas hari ini menegur pemimpin Pakatan Rakyat.


http://biz-55.webs.com/ Ahmad Yakob

KOTA BHARU - Dewan Ulama Pas hari ini menegur pemimpin pembangkang daripada PKR dan DAP yang "menyerang" Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana didakwa gagal menghadiri mesyuarat majlis pimpinan pusat pakatan parti pembangkang itu.

Pemangku ketua dewan ulama Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, jika benar mereka mahu membangkitkan isu berkenaan, rakan strategik Pas itu boleh menyalurkannya melalui forum dalaman pakatan berkenaan.

"Tidak comel kita bangkitkan perkara yang boleh menimbulkan keraguan di kalangan ahli dalam PR.

"Kita boleh selesai secara peringkat dalaman kerana kita ada forum di dalamnya (untuk meluahkan pendapat)," kata Ahmad, yang juga Menteri Besar Kelantan kepada pemberita selepas melawat Pameran Ular di Muzium Negeri di sini.

Berikutan serangan terhadap Abdul Hadi itu, seorang demi seorang pimpinan Pas tampil mempertahankan beliau.


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan berkata "perkara bodoh untuk memaksa seseorang yang sakit hadir dalam mesyuarat".

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, sebagai seorang presiden, Abdul Hadi juga mempunyai tugasan yang sibuk di luar negara seperti membentangkan kertas kerja dan sebagainya.

"Tidak semua masa dapat kita (presiden) suaikan. Sebagai ahli parti kita kena hormat dan sayang kepada presiden," katanya.

sh

2 ulasan:

  1. Apa sibuk nya nak bentangkan kertas kerja sampai tidak pernah hadir utk meeting Pakatan. Atau...mmg beralasan tak mahu hadir sbb fikiran itu udh tertanam dgn UG nya

    BalasPadam
  2. Sebagai penyokong PAs saya amat malu sgn alasam seorang presoden yg boleh mengeluarkan ayat "nak hadir pun tak pa tak nak hadir pun tak pa". Mmg ego ya...

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng