Isnin, November 17, 2014

TGNA : Mengarut semua (desakan supaya Hadi berundur) ini. Ini semua disebabkan (ada pihak) dengki terhadap Pas,


Nik Abdul Aziz Nik Mat


BERBAIK!!! UNTUK KENDERAAN ANDA
       Penjimat Petrol anda!!

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan pimpinan PR tidak menghentam Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana tidak menghadiri mesyuarat gabungan itu beberapa kali.

Dalam mempertahankan Abdul Hadi, beliau berkata, kesihatan Presiden Pas itu yang masih belum pulih sepenuhnya menyebabkan beliau terpaksa membatasi aktiviti politiknya, termasuk menghadiri mesyuarat di peringkat pusat.

Menurutnya, Abdul Hadi mempunyai sebab tertentu berkaitan ketidakhadirannya, bukannya sengaja mahupun kerana malas.


“Tidak ada orang yang (sentiasa) sihat, tidak ada orang yang (sentiasa) tidak sihat.

“Jadi berilah peluang kepada Hadi. Mengarut semua (desakan supaya Hadi berundur) ini. Ini semua disebabkan (ada pihak) dengki terhadap Pas,” katanya di Pulau Melaka, semalam.

Beliau mengulas dakwaan laporan adanya usaha untuk menyingkirkan Abdul Hadi kerana faktor kesihatan.

Pihak DAP juga mahu Abdul Hadi hadir mesyuarat -mesyuarat diadakan di antara pemimpin-pemimpin PR.

Nik Abdul Aziz menyifatkan alasan kegagalan menghadiri  mesyuarat Majlis Presiden PR sebagai faktor utama untuk jatuhkan Abdul Hadi itu sebagai mengarut.

Dalam pada itu, beliau juga mempersoalkan tindakan pihak yang mahu mendesak supaya Abdul Hadi berundur kerana dikaitkan dengan masalah kesihatan sedangkan baginya terdapat perkara lain yang lebih penting untuk diberi perhatian.

“Kalau uzur kenapa paksa orang uzur.  Itu kerja bodoh,” katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai isu Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma), Nik Abdul Aziz mengambil pendekatan mendiamkan diri.

sh

1 ulasan:

  1. Kalau sakit berhenti ajalah wahai Tuang Presideng

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng