Jumaat, November 07, 2014

Berita Pagi : Ingat Musuh No 1 PR ialah Umno/BN..

http://biz-55.webs.com/ 

 KOTA BHARU: Pemuda PAS Kelantan berharap pimpinan DAP, PKR dan PAS kembali fokus kepada usaha-usaha memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan bukan melihat kelemahan antara satu sama lain.

Bendaharinya, Dr Rosli Allani Abdul Kadir berkata, semua kompenan Pakatan Rakyat hendaklah menghadapi kebejatan Barisan Nasional (BN), di samping mempertahankan prinsip parti masing-masing.

“Kita perlu menghormati prinsip parti-parti rakan dalam Pakatan Rakyat. PAS tidak pernah mencampuri urusan dalaman DAP, begitulah sepatutnya DAP menghormati PAS,” katanya di sini.

Ketika Konvensyen DAP Kuala Lumpur kelmarin, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng menjadikan PAS sebagai sasaran kecaman dalam ucapannya.

Dr Rosli yang juga Ketua Pemuda PAS Kota Bharu berkata, konvensyen sesebuah parti sepatutnya diguna membincangkan masalah dalaman parti itu dan bukannya menghentam parti rakan dalam Pakatan.

Oleh itu katanya, Pemuda PAS Kelantan menuntut Ketua Menteri Pulau Pinang lebih berhati-hati agar tidak menjadi medan konvensyen bagi memperlekehkan rakan sendiri kerana musuh sebenar Umno dan BN.

hd

1 ulasan:

  1. padan muka pas. siapa suruh cari pasal dulu? yg barua, broker tu apa?? parti sendiri ke?? sekurang2nya dap taklah membaruakan ahlinya sendiri..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng