Khamis, November 20, 2014

GILA!! PUNYA KERAJAAN UMNO : RM37,375 untuk sebuah telefon awam?

http://biz-55.webs.com/ 
KUALA LUMPUR: PAS mempersoal mengapa belanja begitu besar diberikan untuk projek telefon awam sedangkan negara sudah menganjak kepada komunikasi tanpa wayar dan telefon mudah alih.

Persoalan itu dibangkitkan Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh) ketika membahaskan Bajet 2015 peringkat jawatankuasa di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia semalam.

Beliau mempersoal kenapa pada 2013, sejumlah RM90 juta dibelanjakan untuk 2,408 telefon awam sedangkan untuk 835 projek Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia yang didakwa lebih diperlukan, hanya RM77.8 juta.

"Daripada maklumat tersebut, saya ingin mempersoalkan mengapa pembayaran bagi projek telefoni awam menjangkau sehingga RM 90 juta (2013)?

"Sedangkan telefoni awam ini tidak ramai orang menggunakannya berbanding telefon mudah alih yang ada hari ini.

"Ini bermakna secara purata perbelanjaan yang diperuntukkan untuk sebuah telefoni awam adalah sebanyak RM 37,375," soalnya sambil menambah ianya terlalu besar untuk satu-satu telefon awam.

Timbalan Menteri ketika menggulung perbahasan peringkat kementerian itu semalam bagaimanapun berkata, program telefon awam diperkenal sejak 2002.

Sehingga kini katanya, projek itu masih mendapat permintaan khususnya bagi penduduk di luar bandar.

hd

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng