Rabu, November 26, 2014

Berita Penting : Malaysia jangan ikut telunjuk Amerika

http://biz-55.webs.com/
 KUALA LUMPUR: PAS menggesa Kerajaan Malayisa tidak mengikut telunjuk kuasa besar khususnya Amerika Syarikat dalam memperkenalkan apa sahaja undang-undang baharu di negara ini.

Sebaliknya Datuk Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat) berkata, kerajaan perlulah melihat kepada kepentingan dan kerangka negara kita sendiri sebelum satu-satu akta baharu diwujudkan.

"Kita mesti bertindak mengikut kepentingan negara kita sendiri bukan mengikut apa diarahkan oleh pihak lain seperti kuasa besar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Kertas Putih berhubung menangani ancaman kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) di Dewan Rakyat hari ini.

Kertas Putih yang dibentang Perdana Menteri itu antara lain mencadangkan agar satu undang-undang baharu berhubung ancaman kumpulan militan diwujudkan.

Kamaruddin yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat berkata, PAS sejak awal menyatakan penolakan terhadap pendekatan yang digunakan ISIS itu termasuk penegasan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam Ucapan Dasar ketika Muktamar PAS di Batu Pahat, Johor baru-baru ini.

PAS juga katanya menolak campur tangan kuasa asing termasuk Amerika Syarikat dalam kemelut di kedua-dua negara itu.

"PAS berpendirian biarlah masa depan negara-negara tersebut ditentukan oleh rakyat mereka sendiri," kata Kamaruddin lagi.

Beliau memberi contoh Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Chuck Hagel yang mengumumkan meletak jawatan dua hari lalu kerana mempunyai pendirian berbeza dengan Presiden Barack Obama berhubung kemelut di kedua-dua negara ummat Islam itu.

"Kita sedar Amerika Syarikat ada presiden Obama yang dipanggil lame duck president.

"Janganlah kita ikut lame duck president ini kecualilah kita mempunyai lame duck prime minister, katanya.

Beliau dalam pada itu mahu kerajaan menyatakan pendirian sama ada menyokong perjuangan rakyat Syria yang ingin membebaskan negara mereka daripada kerajaan regim kejam Bashar al Assad, atau sebaliknya.

hd

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng