Kumpulan IS sekali lagi
mencetuskan kemarahan banyak pihak dengan satu lagi dakwaan memenggal
kepala tebusan seorang petugas bantuan kemanusiaan warga Amerika
Syarikat.
Peter Kassig, 26, dipercayai dibunuh kumpulan terbabit yang menjadikannya tebusan warga barat kelima dibunuh IS.
Dalam rakaman yang dimuat naik ke laman
sosial, mangsa yang tidak dapat dikenal pasti dirakamkan beberapa ketika
selepas dipenggal.
Iklan Penaja
Kesahihan rakaman serta identiti mangsa tidak dapat dipastikan.
Bagaimanapun, menurut kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama pada Ahad, mengesahkan Kassig dibunuh IS.
Kassig yang ditahan sebagai tebusan pada
Oktober tahun lalu, pernah berkhidmat sebagai anggota tentera Amerika
Syarikat dan menyertai misi ke Iraq pada tahun 2007.
Sebagai
pekerja agensi kemanusiaan, Kassig pernah berkhidmat di Iran dan juga
Lubnan, sebelum menubuhkan badan bantuan kemanusiaan di Syria bertujuan
membantu pelarian.
Sewaktu dalam tahanan IS, Kassig memeluk Islam dan menggunakan nama Abdul Rahman Kassig.
trp
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...