Rabu, November 05, 2014

Degil : GST tidak akan ditangguh, kata Najib

http://biz-55.webs.com/KUALA LUMPUR: Biarpun banyak pihak termasuk beberapa pemimpin BN sendiri menggesa perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ditangguhkan atau dimansuhkan, namun Datuk Seri Najib Razak berkata, ia tetap akan dilaksana mengikut jadual bermula 1 April, 2015.

Penegasan itu dibuat Perdana Menteri ketika menyampaikan ucaptamanya pada Persidangan Akauntan Antarabangsa Institut Akauntan Malaysia (MIA) di sini hari ini.

"Kita akan teruskan pelaksanaan GST," katanya.
Pakatan Rakyat sehingga kini konsisten menentang perlaksanaan GST yang dilihat hanya akan menambah beban ekonomi rakyat.

Malah dalam pembentangan Belanjawan Alternatif 2015, Pakatan Rakyat menawarkan Cukai Keuntungan Modal (CGT) dan Cukai Warisan Harta sebagai mengantikan GST.

Menurut mereka, GST akan mengenakan cukai kepada semua rakyat sedangkan CGT dan Cukai Warisan Harta pula hanya dikenakan kepada orang-orang kaya, dan syarikat-syarikat besar.



Selain Pakatan Rakyat, turut mencadangkan agar GST ditangguhkan termasuk bekas Menteri Kewangan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau dalam satu kenyataan mengulas Bajet 2015, yang turut diedarkan kepada seluruh ahli parlimen, melahirkan kebimbangan bahawa GST akan menyusahkan lagi rakyat ekoran prospek ekonomi negara yang tidak kuat.

Beliau mencadangkan agar Najib menangguhkan perlaksanaan cukai itu, sehingga keadaan ekonomi meningkat ke tahap yang lebih kukuh.

hd

# HIMPUNAN BANTAH GST DI KLCC 7 NOV 2014

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng