KUALA LUMPUR:
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengambil
perhatian bahawa Majlis Agama Islam diamanahkan menjaga tanah wakaf.
Oleh
itu, kata Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid adalah wajar harta
wakaf yang telah jatuh ke tangan orang bukan Islam perlu diambil balik
oleh Majlis Agama Islam.
"Kecuaian dan penyelewengan menguruskan
hartanah wakaf mestilah diperbetulkan dan mereka yang bertanggungjawab
diambil tindakan sewajar," tegasnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Kenyataan penuh beliau seperti di bawah.
Majlis
Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa selain isu
Tanah Rizab Melayu yang semakin mengecil, pihak kerajaan juga perlu
segera atasi isu pembangunan harta wakaf demi memastikan aset ummah
tidak terbiar dalam keadaan tidak produktif.
Status pendafataran
tanah wakaf yang tidak jelas dan berlaku penyelewengan yang
menyalahguna tanah wakaf menyebabkan aset umat Islam banyak yang tidak
produktif, terbiar dan ada yang berpindah tangan kepada pihak yang tidak
sepatutnya.
Kerajaan belum nampak bersungguh menjaga aset tanah
wakaf sehingga pelbagai saranan yang dikeluarkan dalam seminar dan
persidangan belum lagi memperbaiki status pengurusan tanah wakaf
sebagaimana yang diharapkan.
Kami mendapati masih lagi terdapat pemegang-pemegang hartanah wakaf yang tidak terurus dan terbiar.
Badan
yang bertanggungjawab mendaftar dan semua tanah wakaf belum
mengemaskini data dan kondisi tanah wakaf yang ada sekarang. Hartanah
wakaf yang dipegang oleh berbagai pemegang menyebabkan harta tanah
tersebut ditadbir secara berasingan tanpa keseragaman pengurusan dan
pembangunannya.
Masalah yang perlu diberi perhatian ialah Kanun
Tanah Negara (KTN) tidak mengujudkan suatu bab khas mengenai tanah
wakaf dan segala peraturan yang perlu untuk menjaga pembangunan tanah
wakaf. KTN dalam Bab 30 hanya mencatat mengenai kebenaran mendaftarkan
tanah wakaf. Sepatutnya klausa yang jelas perlu diwujudkan untuk
memastikan peraturan dan kaedah pendaftaran yang cepat, murah dan mudah
sekaligus peruntukan undang-undang dinyatakan mengenai peraturan
pembangunan tanah wakaf.
Wakaf adalah terkeluar daripada senarai
1, senarai Persekutuan di bawah Perlembagaan. Dengan itu untuk
mewujudkan keseragaman, undang-undang mengenai wakaf hendaklah dibuat
mengikut perlembagaan, perkara 76 (1)(B).
Pelbagai masalah dalam
ketetapan jenis wakaf masih wujud. Ketetapan jenis wakaf selalunya
dirujuk kepada surat cara tanah wakaf yang disimpan di bank. Sesetengah
surat cara tidak dapat dibaca sebab terlalu kabur. Ini menimbulkan
masalah bila ada tuntutan-tuntutan hak dari pewaris. Tuntutan ini
menyukarkan usaha-usaha membangunkan tanah wakaf.
Kekaburan juga
boleh menyebabkan cadangan pembangunan atau kemajuan yang dilakukan ke
atas tanah wakaf bercanggah dengan maksud wasiat atau pewakaf.
Di
samping itu ada lagi masalah tambahan iaitu kekurangan dana untuk
tujuan pengurusan hartanah wakaf. Kekurangan kewangan atau modal adalah
satu masalah utama untuk membangunkan tanah wakaf. Sumber kewangan
Majlis Agama Islam amat terhad.
Perkara ini disebabkan kebanyakan
hasil pendapatan dan harta wakaf digunakan untuk perbelanjaan
pengurusan wakaf. Perbelanjaan bagi penyelenggaraan, pembaikan dan
pentadbiran wakaf kadang kala melebihi daripada pendapatan tahunan untuk
sesuatu wakaf. Sumber kewangan daripada kerajaan pusat atau negeri
tidak diperolehi untuk kos penyelenggaraan.
Pendapatan dari sewa
hartanah wakaf yang diperolehi Majlis Agama Islam, terpaksa diagihkan
untuk membayar cukai pintu kepada kerajaan tempatan. Sementara itu pula
kadar sewa yang terlalu rendah dan terdapat tunggakan sewaan telah
membebankan Majlis Agama Islam untuk mengurus hartanah wakaf dengan
berkesan. Tanpa kakitangan yang mencukupi, pungutan sewaan tidak dapat
dilakukan. Manakala sistem kutipan sewaan agak lemah, di samping
ketiadaan penguatkuasaan yang berkesan.
Kami juga mendapati
pengurusan harta wakaf tidak mendapat kerjasama daripada badan-badan
berkanun seperti Uda, Mara, Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad dan
lain-lain.
Pihak bank dan institusi kewangan Islam dan koperasi
juga agak keberatan memberi kerjasama. Bank melayan Majlis Agama Islam
sama seperti sebuah syarikat perniagaan tanpa mengambil pertimbangan
untuk memberi pinjaman tanpa riba dengan kadar bayaran pinjaman yang
berpatutan demi membangun tanah-tanah wakaf untuk kepentingan ummah.
Terdapat beberapa isu lain lagi yang menghalang pembangunan harta wakaf iaitu:
1.
Isu halangan fizikal: Iaitu masalah penempatan semula penduduk jika
pembangunan hendak dilaksanakan ke atas satu-satu tapak tanah wakaf.
2.
Isu pengetahuan mengenai pembangunan tanah wakaf iaitu pengetahuan
masyarakat mengenai harta wakaf amat terbatas. Perkara ini menyebabkan
keengganan penduduk memuliakan pembangunan tanah wakaf.
3. Isu
nilai tanah iaitu nilai tanah yang tinggi telah menyulitkan lagi
pembangunan hartanah wakaf yang terpaksa dibeli balik kerana telah
terlepas ke tangan orang bukan Islam.
4. Isu Pembangunan dan
Persekitaran: Kebanyakan bangunan di atas tanah-tanah wakaf adalah dalam
keadaan buruk dan usang. Susunan rumah-rumah terlalu rapat dan
kebanyakannya diperbuat daripada kayu dan zink.
5. Isu sistem
pungutan sewa yang tidak sistematik dan kurang kawalan: Kakitangan yang
tidak cukup mengakibatkan masih terdapat banyak lagi tanah wakaf yang
belum diproses pindah milik kepada pihak Majlis Agama Islam. Kekurangan
data yang lengkap mengenai tanah-tanah wakaf dan penghuni-penghuninya
menyebabkan sewa tidak dipungut. Kekurangan kakitangan juga telah
menyulitkan pungutan sewaan ke atas bangunan-bangunan yang penghuninya
diketahui.
6. Isu penyewa hartanah wakaf oleh bukan Islam.
Terdapat harta wakaf disewa kepada orang bukan Islam. Padahal pewakaf
telah mengamanahkan harta wakafnya digunakan untuk pembangunan ummah dan
bukan sebaliknya.
7. Isu ketiadaan objektif dan matlamat yang
jelas. Konsep pembangunan tanah wakaf untuk jangka pendek dan jangka
panjang tidak jelas. Manakala Majlis Agama Islam tidak mempunyai suatu
program atau cadangan pembangunan yang jelas, sama ada dalam jangka
pendek mahupun program jangka panjang untuk merancang pembangunan tanah
wakaf.
8. Isu tanggapan negatif ke atas pembangunan yang
dicadangkan oleh Majlis Agama Islam iaitu keengganan penghuni menerima
cadangan pembangunan kerana mempunyai kepentingan tertentu yang khuatir
kepentingan mereka akan hilang.
Kami mengambil perhatian bahawa
Majlis Agama Islam diamanahkan menjaga tanah wakaf. Oleh itu adalah
wajar harta wakaf yang telah jatuh ke tangan orang bukan Islam perlu
diambil balik oleh Majlis Agama Islam. Kecuaian dan penyelewengan
menguruskan hartanah wakaf mestilah diperbetulkan dan mereka yang
bertanggungjawab diambil tindakan sewajar.
Kami amat kesal wujud
tanah tanah wakaf yang telah disalahguna dan telah terlepas kepada pihak
bukan Islam yang menyalahi dan bertentangan dengan niat pewakaf. Harta
pewakaf mestilah dilindungi untuk meneruskan ketakwaannya kepada Allah
SWT.
hd
Senarai Blog...Geng
-
Sami Malaysia ditahan di Thailand, disyaki mencuri di kuil - Bernama Kuil Buddha bersejarah di Chiang Mai, Wat Chet Yot menyimpan pelbagai khazanah usang yang berharga. - WikipediaBANGKOK: Seorang sami rakyat Malaysi...19 minit yang lalu
-
-
HASSAN KARIM BAKAL DIGANTUNG KEAHLIAN PKR? - Ahli Parlimen PKR Pasir Gudang yang lantang bersuara, Hassan Karim mengesahkan beliau sudah mengadap Lembaga Disiplin parti semalam. Katanya, beliau disi...3 jam yang lalu
-
MetMalaysia: Hujan Berterusan Tahap Buruk Di Negeri Terengganu, Pahang Dan Kelantan Hingga Sabtu - *PETALING JAYA:* Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk yang dijangka melanda beberapa negeri di Semena...23 jam yang lalu
-
Malam Ilmunisasi Puisi Alam di Desa Gemalai kembalikan hakikat kehidupan - *CATATAN PERISTIWA* *Rossem menyampaikancenderamata untuk Husam.* DESA Gemalai baruh padi alami di Lubuk Jambu Kedai Mulong, Kota Bharu pada malam Sabtu...4 minggu yang lalu
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...8 bulan yang lalu
-
-
TV Islam : AKHIR ZAMAN, BENCANA, PEPERANGAN, AL MAHDI - #SayangIslamSebarkanKebenaranIslam #BilaFahamIslamItulahKemenanganIslam Video pilihan untuk sebar kebaikan Islam....semoga akan ramai yang faham Islam ya...2 tahun yang lalu
-
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri... - Nak beli domain mudah dan servis terbaik.... * https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 * klik banner yang kami beri ini... *Testimoni klik s...2 tahun yang lalu
-
Pengkhianat Mandat Rakyat PRU14 yang ke 2 - Jahat orang ini anak didik mahadir orang ini terlibat dengan pengkhianat MANDAT RAKYAT PADA PRU14 lepas.... Ingat!!! jika orang ini bertanding lagi pa...3 tahun yang lalu
-
Midea 9.5KG Top Load Fully Auto Washing Machine MFW-EC950 / MFWEC950 - *Berminat nak oder KLIK SINI*3 tahun yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...3 tahun yang lalu
-
-
Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia - *WaLlahu 'Alam* *KHALID SAMAD* www.khalidsamad.com4 tahun yang lalu
-
Senarai kerusi berdasarkan parti hasil persetujuan Pakatan Harapan - Kerusi parlimen yg akan ditandingi PPBM 1. Arau 2. Pdg Besar 3. Langkawi 4. Jerlun 5. Kbg Pasu 6. Jerai 7. Pendang 8. Baling 9. Pasir Puteh 10. Bachok 11. J...6 tahun yang lalu
Categories
1MDB
Agama
AHLI PAS
AirAsia
Ajaran Sesat
Amanah
Anwar
arak mas
Bantah GST
Bantah GST 1 mei
BantahObama
BebaskanAnwar
Berita Dunia
Berita Hot!!
BERITA PAGI
Berita Semasa
Berita sukan
BERSIH
BERSIH 4.0
CELAKA
CERAMAH
Dakwah..
DAP
Datuk Husam Musa
DEKLARASI RAKYAT
Dunia Islam
Fitnah
Fitnah 2
FITNAH UMNO
G18
GST
Harapan Baru
himpunan
Hudud
Iklan
iNFO PAGI
IS
Isu Semasa
Kajian
keadilan
Kedah
Kelantan
kerajaan
Kerajaan Haram
Khalid Samad
Live
Luar Negara
Malaysiaku
MAT SABU
MB Selangor
MH17
MH370
MINYAK NAIK..
NGO ISLAM
Nik Omar
Pakatan Harapan
Parlimen
PAS
PAS TERENGGANU
PASMA
Pemimpin umno curi duit rakyat
PH
PKR
PR
PR 2.0
PRK
PRK Bukit Gelugor
PRK Kajang
PRK Pengkalan Kubur
PRK Teluk Intan
pru14
Rafizi Ramli
Rakyat
Rasuah
Reformasi 2
Sahabat Anwar
Salahuddin Ayub
SAMM
Sebarkan
Selangorku
SPR
SPR Tipu
Terengganu
TGHH
TGNA
Tokoh
TPPA
Ulama
Ustaz Azhar Idrus
Popular Posts
-
Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais ...
-
Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar k...
-
Kesemua 13 ketua cabang PKR seluruh P.Pinang merayu Nurul Izzah supaya menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan seba...
-
Mat Sabu: Malaysia & Myanmar The Most Undemocratic In Southeast Asia Iklan Penaja Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Did...
Isnin, November 03, 2014
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kerajaan umno mana ada yg betul semua benda yg bersangkutan dgn bangsa melayu habis dijual dirampas atas nama pembangunan konon , takkan puak melayu tak tahu perangai para peminpin melayu umno. Kamu bangsa melayu sokong dan undi mereka tanggung lah akibatnya. Padan muka orang melayu bodoooooooo.
BalasPadam