Sabtu, November 08, 2014

Dok Rok Cetong : Pakatan Rakyat gagal batalkan PRU-13


 

http://biz-55.webs.com/ Mahkamah Rayuan hari ini mengenepikan permohonan Pakatan Rakyat untuk membatalkan pilihan raya umum ke-13 kerana kontroversi dakwat kekal.

Keputusan majoriti 2-1 itu dibuat oleh tiga panel hakim yang memutuskan perbicaraan demikian perlu didengar menerusi petisyen pilihan raya di mahkamah pilihan raya.

Maka, mahkamah memutuskan bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai kuasa untuk mendengar kes pilihan raya dan permohonan untuk menggugurkan pesuruhjaya pilihan raya.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman yang membacakan keputusan itu berkata Mahkamah Tinggi tiada hak untuk membatalkan pilihan raya.

Sementara seorang lagi hakim, Prasad Abraham membuat keputusan yang separa menyebelahi plaintif.

Beliau bersetuju bahawa plaintif berhak untuk mempersoalkan tugas berperlembagaan Suruhanjaya Pilihan Raya dalam melaksanakan tanggungjawabnya sewaktu pilihan raya.

Seorang lagi adalah Hakim Rohana Yusuf


mk

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng