Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, November 22, 2014

Berita Minyak : Hapus subsidi diesel akan bunuh pengusaha bas sekolah

gengbassekolah_L

http://biz-55.webs.com/
 
KUALA LUMPUR, 21 November: Tindakan kerajaan memansuhkan pemberian subsidi petrol dan diesel, hanya akan membunuh pengusaha bas sekolah di negara ini.
 
Itulah luahan Presiden Persekutuan Pengusaha-pengusaha Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM), Amali Munif Rahmat ketika dihubungi The Rakyat Post, pada Jumaat.
Beliau berkata, industri bas sekolah akan terjejas, dengan lebih ramai pengusaha bas sekolah akan gulung tikar, susulan keputusan kerajaan itu.
 
“Kami pengusaha bas yang berlesen. Sepatutnya kerajaan memberi kami lebih banyak subsidi, kerana kami penyedia perkhidmatan wajib.
 
“Pengusaha bas sekolah tidak boleh ambil cuti suka-suka, kerana jika mereka bercuti tanpa ada pengganti, ramai pelajar tidak akan ke sekolah.
“Jika kerajaan tidak lagi memberi subsidi kepada pengusaha bas sekolah, ramai pengusaha akan berhenti dan ia akan menimbulkan masalah lain, apabila wujud pengusaha bas sekolah haram,” katanya.
Beliau mendakwa, seramai 20 pengusaha bas sekolah akan menamatkan khidmat mereka pada tahun depan, kerana tidak tahan lagi dengan kenaikan harga bahan api ketika ini.
 

Katanya, pengusaha bas terbabit merasakan perkhidmatan bas sekolah ini tidak lagi berbaloi, selain terpaksa menanggung kos penyelenggaraan bas yang tinggi.
 
“Harga tambang bukan boleh kita naikkan sesuka hati, kerana nanti akan ada ibu bapa yang tidak mampu bayar atau boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.
 
“Apa yang lebih meletihkan, apabila kita terpaksa mengadakan pertemuan dengan ibu bapa bagi menerangkan kepada mereka, jika hendak menaikkan tambang,” ujarnya.
 
Jelasnya, hanya dengan menaikkan tambang bas sekolah, baru mereka mampu menampung kos operasi, sekiranya tiada lagi subsidi diberikan kerajaan untuk bahan api.
 
trp

1 ulasan:

  1. janganlah buat macam 2

    diesel ada subsidi pun dah mahal

    sakitnya

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...