Selasa, November 25, 2014

BERITA BAIK!! : UNTUK RAKYAT KELANTAN

http://biz-55.webs.com/KOTA BHARU: Jumlah keluasan keseluruhan tanah yang terbabit dengan jajaran Lebuh Raya Rakyat Machang-Kuala Krai seluas 719.6 ekar, kata Datuk Hanifa Ahmad.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat itu berkata, tanah tersebut termasuk milik kerajaan, hutan simpan, dan milik persendirian.

Katanya, jajaran membabitkan kawasan Hutan Simpan Ulu Sat, Bukit Bakar sejauh 3 km.

“Selain itu Tanah Rancangan Felda Berangan Mek Nab sejauh 1 km, tanah pajakan Ladang Kuala Pertang 3.6 km dan selebihnya tanah milik kerajaan. Ia melibatkan kawasan seluas 116.8 ekar.

“Manakala tanah persendirian yang terbabit pula iaitu di Ulu Sat sebanyak 7 lot, Bukit Bakar (111 lot), Kampung Raja (47 lot) dan Kampung Pek (17 lot),” katanya di sini.

Kesemua lot-lot tersebut terletak di jajahan Machang. Manakala tanah yang terbabit di jajahan Kuala Krai pula iaitu di Kampung Telekong (56 lot), Kampung Enggong (52 lot), Kenor (119 lot) dan Batu Mengkebang (41 lot). Hanifa berkata, jumlah keseluruhan tanah milik yang terbabit sebanyak 450 lot melibatkan keluasan 430.9 ekar.

Menurutnya juga semenjak masuk tapak Kelkon Sdn Bhd telah memulakan kerja meratakan tanah. Fasa pertama sepanjang 10 km dan fasa kedua serta ketiga sebanyak 20 km lagi.


“Kita jangka dapat siapkan projek berkenaan sebagaimana dirancang. Kerja-kerja awal dilakukan di tanah kerajaan di Bukit Bakar, Machang.

“Kerja-kerja meratakan tanah telah siap kira-kira 90 peratus di kawasan sepanjang 3 km,” katanya.

Bagaimanapun kata beliau disebabkan sekarang musim tengkujuh sekarang kerja-kerja tanah terpaksa dihentikan sementara. Namun katanya kerja-kerja ukur diteruskan.

hd

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng