KUALA LUMPUR: Pada hari ini Sambutan Ulang Tahun PAS Kali 63 peringkat Negeri Perak berlangsung di Kompleks PAS Kuala Kangsar berhampiran Istana Bukit Chandan.
Di negeri Perak bermula sejarah penubuhan Parti Islam pertama Hizbul Muslimin pada 1948 yang hanya sempat bergerak selama tiga bulan sahaja.
Justeru, tegas Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad bahawa benarlah perjuangan Islam tidak akan mati.
Katanya, itulah janji Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sentiasa akan ada umatku yang menegakkan kebenaran sehingga tidak boleh dimusnahkan, sehingga Allah memberi kemenangan kepada mereka".
Menulis menerusi facebook, beliau menyatakan bahawa mereka yang berilmu sentiasa segar dengan maklumat dan pantas menjawab segala tuduhan musuh.
Menurutnya, mereka mampu membalas serangan musuh berdasarkan ilmu, terutama yang dilontarkan oleh ulama su' (ulama jahat) dan mereka hendak merosakkan perjuangan.
"Dengan ilmu, kita mampu menangkis serangan mereka. Zaman sekarang siapa yang menguasai maklumat maka ia menguasai dunia," tulisnya.
hd



SAYA
merujuk kepada berita yang disiarkan oleh New York Times (NYT) 19
November 2014 lalu yang secara khusus membincangkan perihal kepincangan
yang berlaku dalam pengurusan kerajaan Negeri Terengganu dalam hal
melombong bijih besi di Bukit Besi Terengganu yang telah diberikan hak
kepada syarikat yang berasal dari China dan berpangkalan di Pahang CAA
Resources.
KUALA LUMPUR:
PAS mempersoal mengapa belanja begitu besar diberikan untuk projek
telefon awam sedangkan negara sudah menganjak kepada komunikasi tanpa
wayar dan telefon mudah alih.
KESATUAN
Ulama Sedunia dengan ketuanya seorang ulama Mesir yang berpusat di
Qatar, Syaikh Yusuf Al-Qaradhawi, semalam menyatakan rasa terkejut
kerana pertubuhan yang dipimpinnya itu dimasukkan dalam senarai
pengganas oleh Emeriah Arab Bersatu (UAE), lapor Islampos.
