Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Oktober 17, 2016

PANAS!! : ORANG YANG MENOLAK BERSIH 5 MEREKA ADALAH GENG NAJIB DAN BN

Datuk Husam Musa berkata dalam politik soal siapa jadi tangga siapa tidak patut ditimbulkanDatuk Husam Musa berkata dalam politik soal siapa jadi tangga siapa tidak patut ditimbulkan

Pihak yang menolak untuk sertai Bersih 5 atas alasan tidak mahu jadi "tangga" pihak lain adalah sebenarnya mahu jadi "tangga" Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana tindakan sperti itu sudah tentu akan membantu pihak yang menipu dalam pilihan raya.

Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa berkata dalam politik soal siapa jadi tangga siapa tidak patut ditimbulkan kerana dalam meraih sokongan rakyat semua pihak saling perlu memerlukan antara satu sama lain.

"Pas sendiri sudah berapa kali mendapat manfaat politik melalui bantuan politik atau "tangga" pihak lain," katanya dalam ceramah kemuncak konvoi Bersih 5 di Pasir Puteh malam tadi.

Pada pilihan raya 1999 katanya, Terengganu terlepas dari tangan Umno kerana isu pemecatan Datuk seri Anwar Ibrahim.

"Pas sudah dapat tangga Anwar ketika itu dan dapat memerintah, ada sesiapa terfikir untuk beri Anwar imbuhan atau gaji?.

"Semua dibolot Pas Terengganu dan PKR waktu itu jadi melukut ditepi gantang saja," katanya.
Begitu juga katanya dalam pilihan raya 2008 dan 2013, Pas telah mendapat kemenangan di banyak tempat termasuk di Selangor, Perak dan lain-lain hasil mendapat "tangga" dari pengundi bukan Islam yang sebahagiannya kerana perjuangan Bersih.

"Di Selangor pernah dapat hingga 15 kerusi dari 20 kerusi ditandingi, tidak sedarkah kita ini hampir mustahil tanpa "tangga" pihak lain," soal beliau.

Penyertaan dalam gerakan Bersih katanya adalah kewajipan agama dalam ajaran Islam kerana pengendalian pilihan raya yang penuh penipuan dan senget sebelah adalah perkara yang melampaui batas.

"Dalam Islam perakara ini disebut "tangha" atau "taghut"," katanya.

Menurut beliau, semasa arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dulu, penyertaan dalam aktiviti Bersih dianggap satu kewajipan.

"Semua acara Bersih sejak yang pertama hingga Bersih 3, arwah Tok Guru arahkan kita semua bersama kerana perkara ini bukan setakat tindakan politik malah satu kerja agama.

"Tok Guru arahkan saya supaya membuat panduan dan tatacara ketika menyertai Bersih, antara lain mengarahkan kita supaya bersolat di mana saja bila masuk waktu solat.

"Dari situlah kita lihat peserta Bersih bersolat di semua sudut, dan orang bukan Islam menghormati tindakan ini dengan turut membersihkan tempat kita nak bersolat dan mereka yang bawa air turut membantu mereka yang belum ada wudhuk mengambil wudhuk.

Perkara ini kata beliau menjadi viral ke seluruh dunia kerana gambar-gambar diambil bagi menunjukkan perpaduan dan keharmonian antara kita rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

"Kita diajar bersatu menentang kezaliman dan penindasan dan bukannya memperlekehkan oang-orang yang berusaha menuntut keadilan dan sistem pilihan raya yang bersih dan bebas.

"Orang memerhati cakap-cakap mereka ini dan semakin terasa ucapan terhadap Bersih ini seperti percakapan menteri di pejabat perdana menteri," katanya.

mdl

IKLAN BERBAYAR

Image result for banner tone excel

44 ulasan:

  1. Hadi mmgla geng najib, baju pun sedondon...dedak dh mkn 90juta mana x sedondon...perangai pun sama..kata nak saman,tp smpi skrg pun xsaman SR.sama.mcm najib yg kata nk saman pada selasa...sebijik.. cuma beza pakaian je sekor pakai lebai,sekor pakai tie..

    BalasPadam
  2. Husang kuasa 10 sudah memadai untuk menguningkan lagi Bersih 5.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hadi kuasa keris sudah memadai menyokong amenoo dgn rasuah 90jotaaaa

      Padam
  3. Pas parti jual agama jd tunggangan pemerintah zalim. Pas dah jd KOTOR krn pemimpin2nya kenyang makan dedak haram hasil rompakan duit rakyat terbesar di dunia.

    BalasPadam
  4. Biarlah geng UMNO/BN pun apa masalah dan apa salahnya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam En. Tanpa Nama,

      Firman Allah dalah Surah Hud ayat 113 :-

      Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim maka (padahnya kelak) kamu akan disambar api neraka, (dalam keadaan) kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, kemudian (ketahuilah ! sebenarnya) kamu memang tidak akan diberi pertolongan.

      Jadi biarlah geng UMNO/BN pun apa masalah dan apa salahnya???

      Masalahnya dan salahnya ialah mengaku Islam apa yang dalam Al-Quran taknak ikut!!!!

      Agaknya dah menyokong Syiah macam Haji HAdi kot, Quran Syiah ada 17,000 ayat!!! Al-Quran kita ada lebih kurang 6328 ayat je (khilaf ulama)!!!

      Tu yang geng dengan UMNO/BN pun tak ada masalah dan salah!!!

      Kitaorang ikut Al-Quran bukan ikut Haji HAdi HAhahahhaa!!!!

      Padam
  5. Menitis air mata ini bila ku teringat kembali bgmana org bukan islam memberi ruang utk kita bersolat dan memberi air mineral utk kita mengambil air sembahyang..teruskan keharmonian dan saling menghormati utk keadilan negara malaysia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kekalkan keharmonian di bawah pakatan harapan..

      Padam
    2. Pru13..selangor nak umumkan adun dan mp di PJ. Sebelah komplek beli belah.tak ingat nama tempat tu. Masa maghrib semua pergi komplek belibelah utk solat.. bilik air penuh. Solat pun kat ruang legar tu. Masa aku nak ambik wuduk.. beratur di tandas lelaki. Tandas ppuan kosong.. tp tak berani masuk. Ada seorg nyonya dgn anaknya baru keluar tandas ppuan. Dia boleh pelawa masuk tandas ppuan.. dia jaga di luar. Perasaan ku terus sebak masa tu..baik betul nyonya ni..keluar dr ambik wuduk berkali2 aku ucap tkasih.

      Padam
  6. Balasan
    1. Tu dulu sekarang tak lagi.

      Padam
    2. En. Tanpa Nama,

      Betul tu, sekarang Haji HAdi menyokong Syiah!!!

      Padam
    3. Skrg bnyk tinggal walaun buta kayu yg menyokong secara mkhinzir buta...malas membaca dan tak berfakta...walaun butakayu punya komen mcm sampah...asal ulamak sokong jea kata dia...biar ulamak tu perangai huduh sepang pun...baser bengong...

      Padam
  7. Kepada penyokong dan semua ahli PAS, ingat pesanan Presiden kita TGHA supaya mengambil ikhtibar dari kejadian Arab Spring.

    Jangan membuang masa dan tenaga dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah, lakukanlah perkara-perkara yang boleh menguntungkan diri sendiri dan Islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanya org bodoh kaitkan bersih dgn arab spring....kalau dah bodoh tu jgn pula jual nama islam ya walaunnnn

      Padam
  8. Renungkan dan ambil ikhtibar dari firman Allah swt :

    " Sampaikanlah khabar kepada orang munafik bahawa mereka akan mendapat seksaan yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi wali (penolong) bukan (yang diambil) orang mukmin. Apakah mereka cari kekuatan pada orang-orang kafir? Sesengguhnya semua kekuatan adalah milik Allah. Dan sesungguhnya Allah telah menurunkan kepadamu dalam Al-Quran iaitu apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan didustakan (oleh orang kafir), maka janganlah kamu duduk bersama mereka, sehingga mereka masuk memperkatakan soal yang lain. (Jika kamu masih duduk juga bersamanya) sesungguhnya kamu sudah sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir didalam neraka Jahannam". Surah An Nisa ayat 138-140.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ciri2 munafik ialah org yg pabila berjanji dia mungkir janji...salah satu contoh.Hadi kata nk saman SR dlm sebulan...smpi skrg x saman2.

      Padam
  9. Mana wanrosli....menangis terkincit kincit kene bantai ngan wanrosli kot
    Kahkahkahkah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Errorrr.kene bantai ngan nobody....kamon la wanrosli.jgn nangis okey...tu br sikit ja nobody bantai...kalau lebih lagi mau meraung wanrosli. Kahkahkahjah

      Padam
  10. Sudah la tu Husam tak habis-habis memujuk PAS dengan menjual nama ATGNA, kalau tak perasaan malu dengan orang lain malu la dengan diri sendiri.

    Tak cukup dengan kuasa 10 yang diberikan oleh Wan Rahim, PAS jugak yang kamu berhajat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jual nama tgna ok lg daripada pas Jual nama Allah utk merompak balak kelantan...

      Padam
  11. https://m.youtube.com/watch?v=OL7VTlOFKok

    Husam yg sebenar...!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insaflah wanrosli dr fitnah matsabu tolak hudud..dosa besar tu xkan diampun selagi matsabu x ampunkan kamu...

      Padam
  12. Insaflah wahai wanrosli.Semoga tuan dirahmati Allah jua hendaknya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. https://m.youtube.com/watch?v=OL7VTlOFKok

      Husam yg sebenar.. tak payah nak jual lagi nama ATGNA.. kami tak pernah pun terhegeh2 nak jual nama UAA / UGS korang tu..

      Padam
    2. Insaflah wahai wanrosli.Semoga tuan dirahmati Allah jua hendaknya..

      Padam
    3. Salam En. Ir Anonymous,

      Ustaz Ahmad Awang, Ustaz Ghani Samsudin dan Almarhum Dato Nik Aziz bukan syiah, korang penyokong syiah, memang tak bole nak jual hahahah!!!!

      Padam
  13. Dimasa akhir hayat ATGNA kenapa beliau begitu marah dengan Husam sehingga tidak mahu memalingkan muka beliau kepada Husam?

    Ada sesutau yang ATGNA tidak berkenan dengan Husam.

    Hari ini Husam guna nama ATGNA yang menyebabkan ramainya nitizen mengutuk perbuatan beliau yang nampak kurang cerdik termasuk ahli keluarga ATGNA.

    Oleh kerana ATGNA sudah tiada Husam mengambil peluang ini untuk meraih keuntungan mudah kerana yang dah mati tidak mampu lagi untuk menyangkal dan berhujah perkara-perkara berkaitan yang disabitkan terhadapnya.

    Inil adalah salah satu kuasa 10 Husam seperti yang dianugerahkan oleh Wan Rahim kaki lebong.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insaflah wahai wanrosli.Semoga tuan dirahmati Allah jua hendaknya..

      Padam
    2. Salam En. TAnpa Nama,

      Cerita tu CERITA PALSU HAHAHAHHAH!!!!

      Korang ni lepas kantoi menyokong syiah memfitnah je kerja korang. Orang fitnah korang pergi sambung-sambungkan.Baguslah tu!!!

      Tak ada kualiti punya argument!!!

      Tak asda kerja!!!

      Padam
  14. Istighfar lah wahai wanrosli.Istighfar oleh diri sendiri dari terus melakukan dosa fitnah itu lebih baik tuan..

    BalasPadam
  15. Bertaubatlah ir anonymous aka wanrosli.bygkan andai sedang anda menfitnah tiba2 ajal menjemput anda dan anda tidak sempat minta maaf pada org2 yg anda fitnah...taubat lebih baik drp terus menabur fitnah....

    BalasPadam
  16. Usul ruu355 hadi dh di letak kat bawah dlm parlimen utk di bahaskan..padan muka lebai dedak..dh 60thn berpolitik..x serik2 kena tipu..politik matang konon..politik bodoh adalah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nama pun lebai.apa mrk tau pasal undang2..konon nk buat hudud tp mrk sendiri merompak balak kelantan smpi menindas kehidupan org asli...percaya pas sama spt percaya perompak nk tangkap pencuri..

      Padam
  17. Kesian wanrosli menangis terisak2 kene balon ngan nobody...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur alhamdulillah.. ketika ATGNA meninggal dunia, arwah sekaligus meninggalkan PAS; jauh sekali PAN..

      Padam
    2. Syukur Alhamdulillah TGNA tk bersubahat dgn lebai2 pemakan dedak haram 90juta menjual iman, peralatkan Islam dgn menyokong pemerintah zalim dan ketua penyamun negara.

      Allah sayangkan TGNA lalu dipisahkn selama2nya beliau dgn Pas.

      Padam
  18. Bertaubatlah ir anonymous aka wanrosli.bygkan andai sedang anda menfitnah tiba2 ajal menjemput anda dan anda tidak sempat minta maaf pada org2 yg anda fitnah...taubat lebih baik drp terus menabur fitnah....

    BalasPadam
  19. Salam EN. Ir Anonymous,

    Korang tu PIGS!!! Jangankan jual nama Almarhum Nik Aziz, jual daging lembu pun orang tak percaya halal!!!

    Budak-budak tadika Kemas kata PIGS tu haram hahahha!!!!

    BalasPadam
  20. Akan berulang lagikah tokoh PAS yg dijual namanya oleh husang kuasa 10..??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgn jual nama Allah utk membuncitkan perut lebai mcm parti peralatkan Islam Pas.

      Padam
    2. Harap tiada lagi pemimpin PH jual nama org yg dah meninggal dunia.. kasihanilah kaum kerabat mereka pabila org yg mereka kasihi dikaitkan dgn pemimpin yg bersekongkol dgn para pengkhianat..

      Padam
    3. Okla jual nama je.bukan busukkan nama pun.berbanding pas membusukkan nama pas dgn merompak balak kelantan

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...