Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Mei 06, 2014

[ TERBUKTI!! ] ANWAR IBRAHIM PEJUANG TULEN

the-diplomat-dsai 

KUALA LUMPUR 6 MEI: Meskipun dipujuk kumpulan Islam di United Kingdon dan bekas Naib Presiden AS, Al Gore untuk tinggal di luar negara berikutan kebarangkalian tidak mendapat perbicaraan adil, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menetapkan untuk terus berjuang di Malaysia.

“Saya serta beberapa rakan-rakan di London bermesyuarat dengan kumpulan Al Gore dan kumpulan Islam di UK. Mereka semua tanpa teragak-agak memujuk saya untuk kekal di London supaya tidak pulang.

“Mereka semua tahu sistem badan kehakiman kebal dan menganggap bahawa saya akan masuk ke penjara.
“Tetapi saya berkata kepada mereka. Terima kasih banyak dan saya telah membuat keputusan untuk terus berjuang di Malaysia,” kata Anwar dalam temubual bersama media dari Jepun, The Diplomat minggu lalu.

Ketika ditanya soalan sama ada beliau akan ke penjara berdasarkan rekod perjalanan mahkamah yang pincang, kata Anwar rakyat Malaysia punya had dan kesabaran melihat semua ini.

the-diplomat“Bukan saya sahaja dan Karpal Singh dalam percubaan mereka untuk disumbat ke penjara, tetapi beberapa ahli parlimen, Adun, pemimpin-pemimpin parti.

“Saya rasa trend ini akan berterusan. Ke mana anda akan pergi jika mempunyai masalah? Adakah anda akan pergi ke mahkamah? Anda tidak akan mendapat perbicaraan yang adil.
“Saya fikir pemimpin ‘kuku besi’ gagal menyedari bahawa ada had untuk masyarakat bertahan,” kata Anwar.

Tambah Anwar, dari senarai nama hakim, cara mereka mempercepatkan proses perjalanan mahkamah, selain tidak membenarkan tempoh mendapatkan dokumen perubatan jelas membuktikan kelemahan selain menyalahguna fakta-fakta dam kes Fitnah II terhadapnya.

“Sangat jelas bahawa eksekutif (mahkamah) telah bertindak di bawah arahan penguasa politik mereka,” kata Anwar.

Tambah Anwar, pihaknya melakukan persiapan terbaik mendapatkan pasukan peguam untuk mendedahkan keseluruhan kemelut di mahkamah.

Mahkamah Rayuan 7 Mac lalu membenarkan rayuan pihak pendakwa terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelum ini membebaskan Anwar daripada tuduhan Fitnah II.

kd

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...