Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Mei 05, 2014

[ Panas!! ] Ketua Polis Negara hina mahkamah.

 

  Peguam PKR N Surendran berkata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sepatutnya dibawa ke mahkamah kerana menegaskan bahawa peserta perhimpunan perlu memberi notis 10 hari, walau Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa tindakan itu tidak mengikut perlembagaan.

Katanya, prosiding menghina mahkamah perlu dijalankan ke atas Khalid kerana keputusan itu masih berkuatkuasa.

Beliau memberi alasan, setakat ini masih belum ada permohonan yang difailkan untuk menggantung pelaksanaan keputusan tersebut.

“Kami akan utus surat kepada Peguam Negara untuk membawa kenyataan IGP ini kepada perhatiannya dan memulakan prosiding menghina mahkamah ke atasnya,” kata Surendran ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Mahkamah Rayuan pada 25 April mengisytiharkan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang memperuntukkan denda RM10,000 bagi kesalahan tidak memberi notis 10 hari, sebagai tidak mengikut perlembagaan.

Bagaimanapun, Khalid semalam menegaskan bahawa undang-undang tersebut masih berkuatkuasa kerana kerajaan masih dalam proses untuk merayu keputusan tersebut.

Katanya, polis telah memulakan siasatan ke atas penganjur perhimpunan 1 Mei mengikut peruntukan tersebut.

Lebih 50,000 orang menyertai perhimpunan bagi membantah pelaksanaan Cuai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada hari Khamis lalu.

Surendran yang juga MP Padang Serai menyifatkan kenyataan Khalid itu sebagai “perundangan karut” kerana kerajaan terlebih dahulu perlu memohon untuk menggantung pelaksanaan keputusan tersebut.

Khalid semalam menegaskan bahawa keputusan berkenaan kini sedang dirayu oleh pejabat peguam negara.


mk

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...